Beri Anwar masa tingkat ekonomi negara, titah Sultan Johor

Beri Anwar masa tingkat ekonomi negara, titah Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara.

Dalam satu wawancara khas dengan Sin Chew Daily, Sultan Ibrahim bertitah baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi pentadbiran Anwar.



“Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan dihadapi kerajaan setelah mengambil alih pentadbiran,” titah baginda dalam wawancara dengan akhbar tempatan Bahasa Cina itu.

Sultan Ibrahim juga menzahirkan rasa lega terhadap lawatan perdana menteri ke China awal tahun ini yang membawa pulang hasil yang positif.

Menyentuh mengenai Anwar, Sultan Ibrahim bertitah baginda mempunyai hubungan yang baik dengan perdana menteri.

“Ada kalanya, beliau meminta pandangan beta dan ada masanya, beliau memberikan cadangan kepada beta,” titah baginda lagi.



Baginda juga menekankan pentingnya Malaysia untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

Selain itu, Sultan Johor bertitah bahawa meletakkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2U) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang melaporkan terus kepada perdana menteri merupakan satu pendekatan yang tepat.

“Untuk menarik lebih banyak pelaburan, Malaysia harus menawarkan pilihan visa yang mesra pelabur dan praktikal, terutamanya dalam penilaian semula program MM2U semasa kerana fasa kedua program ini tidak mesra pemohon dan fasa ketiga lebih buruk lagi,” titah baginda. FMT

Beri Anwar masa tingkat ekonomi negara, titah Sultan Johor



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker