Zaman ‘reformasi’ telah berlalu, kini zaman untuk perubahan sebenar
Masa untuk “reformasi” sudah tamat, kini masanya mengubah haluan negara untuk perubahan lebih positif, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed kepada penyokong Pakatan Harapan (PH).
Berucap dalam ceramah di Johor, Nur Jazlan berjanji bahawa Umno akan membantu calon PH Suhaizan Kayat untuk memenangi PRK Parlimen Pulai pada 9 Sept ini.
Beliau berkata kemenangan PH penting untuk memastikan kerajaan perpaduan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Nur Jazlan berkata beliau akan menggunakan sepenuhnya tempoh dua minggu kempen untuk memujuk ahli Umno di Pulai menyokong Suhaizan.
“Ini bukannya mereka (ahli Umno Pulai) tidak mahu bersama, tetapi mesti rasa berat,” katanya merujuk perasaan tidak puas hati segelintir ahli Umno terhadap kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan PH.
Katanya, ahli Umno akan membantu kemenangan bagi memastikan kerajaan perpaduan BN-PH mempunyai peluang untuk mengubah haluan negara yang lebih positif.
“Saya tidak mahu menggunakan ayat ‘reformasi’, saya tidak mahu mendengar ia lagi. Masa untuk reformasi sudah habis. Kini adalah masanya untuk mengubah haluan negara,” katanya yang merujuk slogan “reformasi” sering dilaungkan Anwar Ibrahim dan penyokong PH.
Nur Jazlan juga menggesa pengundi Cina tidak memandang ringan PRK kali ini dan keluar mengundi kerana beliau percaya kemenangan bekas Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub pada pilihan raya umum lalu banyak dibantu undi kaum itu.
Kerusi Parlimen Pulai dan Simpang Jeram kosong susulan kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu.
Di Pulai, Suhaizan akan berdepan Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas Samsudin Fauzi.
Di Simpang Jeram pula, PH mencalonkan Nazri Abdul Rahman dari Amanah yang dicabar calon PN Dr Mazri Yahya dari PAS dan calon bebas S Jeganathan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET