Oyen Elmina sudah pergi selamanya

Seekor kucing yang diselamatkan di lokasi nahas melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, dilaporkan mati, hari ini.

Kematian haiwan yang diberi nama Oyen Elmina itu dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya, Dr. Zulerwan, di Instagram, sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telahpun pergi untuk selamanya hari ini.

“Oyen yang didapati positif untuk virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV) atau dikenali sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) kucing, membuatkan sistem imun badan Oyen terganggu,” kongsinya.

Jelasnya lagi, komplikasi luka yang berada di tulang belakang Oyen membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.

“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi Oyen tidak dapat bertahan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” katanya.

Sebelumnya Kosmo! melaporkan, Oyen berada keadaan stabil dan semakin pulih daripada kecederaan.

Zulerwan yang merawat kucing tersebut memaklumkan ketika itu proses memulihkan kecederaan Oyen masih lagi dijalankan.

Malah, beberapa hari lalu seperti yang dilaporkan Kosmo!, Oyen turut dikunjungi pasukan penyelamatnya yang terdiri daripada pasukan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM)

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker