BN kini mengajar ahli agar beri undi kepada Pakatan Harapan
ROMPIN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi berkata penjelasan secara proaktif dibuat, bagi menerangkan keperluan ahli parti mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada dua PRK di Johor, 9 Sept ini.
Beliau berkata, keperluan mengundi calon PH pada PRK itu berdasarkan kerjasama BN-PH, dan penjelasan dimulakan sejak sebelum hari penamaan calon, manakala tindakan susulan akan dilakukan Ketua Umno Johor Khaled Nordin dan Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.
“Saya yakin dengan bantuan kepimpinan bahagian di seluruh Johor untuk menjelaskan perkara ini (keperluan mengundi calon PH). Pengundi kita juga tidak harus keliru dan menteri besar Johor beritahu akan ada latihan untuk ‘hardcore’ pengundi BN, belajar mengundi PH.
“Ini akan dibuat di peringkat lokaliti dan pusat daerah mengundi (PDM) dan telah dimulakan semalam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Projek Biogas Kilang Sawit Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), di Loji Biogas Ulu Keratong.
Zahid berkata demikian ketika ditanya langkah bagi memastikan pengundi BN, khususnya warga emas, sedar mereka perlu memangkah calon PH selain tidak keliru jika tidak melihat lambang “dacing” pada kertas undi, bagi memastikan kemenangan calon kerajaan perpaduan.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kematian penyandangnya Salahuddin Ayub 23 Julai lalu, semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, akibat pendarahan otak.
Dua PRK itu menyaksikan calon PH bertanding mewakili kerajaan perpaduan iaitu Suhaizan Kayat di Parlimen Pulai dan Nazri Abdul Rahman bagi DUN Simpang Jeram, dengan kedua-dua mereka berdepan saingan tiga penjuru daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.
Dalam perkembangan lain, Zahid berkata pihaknya sedang menambah baik penggunaan media sosial, selepas kurang menguasai platform tersebut pada PRU15 dan PRN di enam negeri lalu, sedangkan “perang saraf” di media sosial lebih menguasai minda dan keputusan pengundi pada masa kini.
“Ia (penggunaan media sosial oleh parti) kurang berkesan pada PRN kerana baharu dimulakan, maka pengikut daripada pempengaruh kita agak ketinggalan. Tetapi kita belajar daripada pengalaman itu, dan menambah baik penggunaan media sosial.
“Kita juga ada pendekatan lain, terutamanya daripada Wanita Umno yang bergerak bukan lagi menggunakan kajian sikap secara konvensional, tetapi mereka mengubah kaedah untuk melihat corak sokongan atau sebaliknya kepada calon kerajaan perpaduan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rosyam Nor tanam rambut rupanya
- Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi
- Kalau macam ini pemikirannya, carilah pengganti lain – Akmal
- Sharifah Sakinah sedang bercinta dengan lelaki berpengaruh besar
- Pensyarah rogol pelajar berkali-kali
- Azwan Ali disihir, badan rasa seperti dibakar
- Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf
- Suami Nad Zainal bersuara
- Nak kecam silakan – Baby Shima
- Giliran Amirudin tertawakan Sanusi
- Zahid kini diangkat sebagai ‘Ayahanda’ Wanita UMNO
- Jangan kusutkan otak fikir kenapa – Nad Zainal
- Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook
- ‘Panglima Terengganu’ pertahan Zahid, “Kita kejar PRU16”
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah
You must be logged in to post a comment.