Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf

Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, perlu memberikan penjelasan kepada UMNO berhubung tindakannya menyertai program anjuran Perikatan Nasional (PN) di Johor kelmarin.

Untuk itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, surat tunjuk sebab akan diberikan Lembaga Disiplin parti kepada Muhammad Jailani sebelum sebarang keputusan mengenai tindakan sewajarnya dibuat.

Beliau menegaskan, UMNO ada proses tersendiri untuk menguruskan isu berkenaan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

“Kita ada proses (untuk menguruskan isu ini) dan akan keluarkan surat tunjuk sebab terlebih dahulu kepada beliau.

“Seterusnya beliau akan diminta menjawab surat tunjuk sebab berkenaan, sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamadkan.

“Surat berkenaan belum dikeluarkan setakat ini, kerana kita baru terima laporan mengenai kejadian ini semalam dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada BH.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan penyertaan Muhammad Jailani yang juga EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka dalam program anjuran PN, selain memaklumkan akan melakukan sesuatu.

Ia susulan tindakan ADUN Melaka itu yang dilihat menyertai Majlis Pengumuman Calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Muhammad Jailani ketika mengulas isu berkenaan, mempertahan tindakannya dengan menegaskan kehadiran beliau di majlis terbabit bukan atas kapasiti sebagai ADUN UMNO.

Sebaliknya, beliau berkata beliau hadir sebagai mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muafakat Nasional (MN) yang diterajui bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Difahamkan, kemunculan bersama PN kelmarin bukan yang pertama kerana Muhammad Jailani sebelum ini turut dilihat menyertai penyokong PAS diketuai Annuar ketika proses penamaan calon di Ketereh, Kelantan pada 28 Julai lalu. BH

Surat tunjuk sebab kepada Jailani akan dikeluarkan – Asyraf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Fara Fauzana, Fizi bercinta?

Isu Diva AA, ini kata Che Ta

Mekah dilanda ribut, hujan lebat (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker