Wanita maut kereta digilis lori

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta dipandunya di jalan bertingkat Lido, Jalan Lintas, Kota Kinabalu, petang tadi.

Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya digilis lori dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di jalan bertingkat Lido di Jalan Lintas, di sini, petang tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Nicolette Hannah George, 26, yang memandu kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa dari Kampung Babah, Penampang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kepayan 88.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.



Katanya, kenderaan terbabit iaitu dua lori dan lima kenderaan masing-masing Perodua Bezza, Myvi, Toyota Vios, Proton Saga dan Iriz.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori melanggar sebuah kenderaan di hadapannya hingga menyebabkan kenderaan yang paling belakang tersepit di bawah lori.

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Zaidi berkata, pihaknya belum menerima laporan daripada mangsa lain yang terbabit sama ada cedera ataupun tidak.



“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.

“Bomba menggunakan peralatan khas dengan dibantu penarik kereta bagi memudahkan urusan mengeluarkan mangsa.



“Pasukan bomba mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan akhirnya berjaya dikeluarkan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang

Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri



Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin

Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker