‘Arun Dorasamy’ disiasat polis selepas hina Perdana Menteri

Polis menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki tempatan ekoran memuat naik hantaran video yang mengandungi kenyataan berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Daruk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya mengesahkan siasatan dijalankan terhadap Arun Dorasamy.

Tambah beliau, individu berkenaan telah membuat hantaran video yang mengandungi kenyataan berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri melalui satu akaun Facebook pada 18 Ogos lalu.



“Pemilik atau pengendali facebook ‘Arun Dorasamy’ telah dipanggil ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

“Individu itu telah diambil rakaman percakapan dan membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shuhaily, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh menganggu proses siasatan.



“Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan negara,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Peguam kepada seorang aktivis, N Rajesh memaklumkan anak guamnya dipanggil polis untuk dirakam keterangan susulan mempersoalkan tindakan Anwar yang mengislamkan seorang saudara baharu.

Dalam pada itu, turut tular rakaman video Anwar mengislamkan seorang saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.

Video berdurasi 1 minit 26 saat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai dan antaranya mendakwa tidak sesuai dilakukan secara terbuka dan berlaku sensitiviti agama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker