Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
Boleh tak kita lepuk kepala Sanusi sebagai tanda kemesraan?
Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
Seorang pemimpin PAS Terengganu tampil mempertahankan tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang “melepuk” kepala seorang remaja wanita dengan sehelai kertas.
Menurut Adun Jabi, Azman Ibrahim, bagi sesetengan budaya tindakan lebih “keras” digunakan sebagai tanda “kemesraan dan keakraban”.
“Di Iraq kawan-kawan bergurau katok ppalo (kepala) kita ngan (dengan) kasut terus. Kita ok je.
“Lain tempat lain budaya. Kalau mari Terengganu dengar dialog (be)gini, ini tanda kemesraan dan keakraban.
“Lama dok (tidak) jupe (jumpa) nnatang ni! Mung (Kamu) gi (pergi) mane (mana)??” ciapnya di media sosial X.
Di Iraq kawan-kawan bergurau katok ppalo kita ngan kasut terus. Kita ok je.
Lain tempat lain budaya. Kalu mari Tganu dengar dialog gini, ini tanda kemesraan dan keakraban.
“Lama dok jupe nnatang ni! Mung gi mane??”
— Dr Azman Ibrahim (@Dr_AzmanIbrahim) August 23, 2023
Istilah natang merujuk kepada binatang, tetapi lazimnya digunakan semasa bergurau dengan kawan-kawan yang rapat.
“Mungkin di Kedah, katok palo ngan kertas itu tanda kemesraan,” ciapnya.
Azman mengimbas semasa zaman pelajarnya di Universiti Malaya pada awal 90-an, apabila perbezaan dialek menimbulkan kekeliruan dengan rakan sebiliknya dari Johor.
“Suatu pagi dia tanya, sebab apa tak kemas tempat tidur?
“Ambe jawab, saya gaduh sikit pagi takdi (tadi).
“Terkejut kawan ni, takkan tanya begitu pun dah nak ajak bergaduh!” tulisnya lagi.
Dalam loghat Kedah, gaduh merujuk kepada keadaan tergesa-gesa atau kesuntukan masa.
Awal minggu ini, Sanusi dikritik berhubung video yang memaparkannya dia melepuk kepala seorang remaja dengan sehelai kertas yang bergulung, sambil diketawakan oleh mereka di sekeliling.
Sanusi kemudian mempertahankan perbuatannya itu, dan berkata dia secara berseloroh menegur pelajar itu kerana lewat mengemukakan surat permohonan bantuan sehari sebelum dia sepatutnya memasuki politeknik.
Dia kemudian bergambar dengan wanita itu, menyerahkan sekeping kertas yang berbeza.
Sanusi berada di Kampung Budi, Pokok Sena pada hari Sabtu lalu untuk menyampaikan bantuan wang tunai dan keperluan kepada 60 penduduk kampung miskin tegar. Mk
Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
Baca Artikel Menarik:
- ND Lala kahwin dengan BFF anak sejak 2019
- Barisan exco Selangor bukti Melayu berkuasa
- Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni [VIDEO]
- Itu tangan Yien – Diana Danielle
- Anzalna bagi ‘warning’ dekat hubby, jangan ikut macam abang Tesla
- Zainal akhirnya mengaku makan bersama dengan Fyna Jebat
- Chef Ammar jawab tuduhan aniaya ‘runner’
- Amboi Sanusi bergurau sampai ketuk kepala perempuan
- Wanita tunggu anak selesai peperiksaan, baru maklumkan kematian ayahnya (Video)
- Muhyiddin patut bertanggungjawab – Che’gu Bard
- Tak berdosa tolak parti Islam rekaan manusia – mufti P Pinang
- Kes Sanusi, pegang 8 portfolio mungkin beri kesan pentadbiran
- Tujuh Ahli Parlimen kosongkan kerusi kerana mahu beri tekanan hanya khabar angin
- Zainal Abidin dituduh sengaja guna Aina Abdul demi publisiti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.