Gali telaga air sendiri, PAS mampu tengok bukan mampu buat

Gali telaga air sendiri, PAS mampu tengok bukan mampu buat

PAS dilihat sudah tidak lagi mampu memikirkan kaedah penyelesaian yang baik isu air di Kelantan, sebaliknya membiarkan ia menjadi tanggungjawab rakyat sendiri.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata umum mengetahui masalah bekalan air di Kelantan dengan sebahagian besar penduduk tidak dibekalkan dengan air yang berkualiti, bersih dan konsisten.



Katanya, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bimbang dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkenaan isu air di negeri berkenaan.

“Dalam setiap lawatan saya ke Kelantan, saya terpaksa berhadapan dengan aduan penduduk mengenai bekalan air di kawasan mereka dan keadaan ini sudah menjadi lebih teruk kebelakangan ini.

“Kerajaan PAS sepatutnya menggunakan pendekatan yang lebih holistik dan proaktif bagi menangani isu keperluan asas rakyat, namun begitu kenyataan calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu membuktikan bahawa PAS sudah tidak lagi mampu memikirkan kaedah penyelesaian yang baik dan sebaliknya membiarkan ia menjadi tanggungjawab rakyat sendiri.

“Perlu saya ingatkan bahawa sebarang pembinaan telaga untuk tujuan pengambilan air bawah tanah harus mematuhi keperluan undang-undang dan garis panduan pihak berkuasa kerana risiko kandungan logam yang tinggi yang membahayakan kesihatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.



Mohd Amar dilaporkan mengeluarkan kenyataan memaklumkan isu air dihadapi rakyat Kelantan terutama di kawasan kampung bukannya satu masalah besar untuk PAS terus menerajui kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata, ini berikutan di kampung mereka mempunyai pilihan apabila boleh membina air telaga tiub atau perigi, malah memaklumkan bahawa penduduk kampung memahami masalah air itu apabila mencari jalan penyelesaian sendiri.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, kenyataan Mohd Amar yang membayangkan kerajaan PAS lebih rela membiarkan rakyat menanggung beban kewangan menggali air bawah tanah yang akan membahayakan kesihatan sendiri amatlah tidak patut bagi seorang wakil pegawai tinggi kerajaan dan berpendidikan tinggi dalam agama.

“Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung ini, saya menyeru rakyat negeri Kelantan supaya membuat keputusan yang bijak dalam pemilihan kerajaan negeri dan bukannya memilih kerajaan yang tidak menghiraukan kebajikan rakyatnya.



“Saya melalui NRECC akan terus memantau keadaan air Kelantan, malah ingin mengulangi komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk menyelesaikan isu bekalan air di negeri itu sebagaimana kelulusan suntikan dana jangka masa pendek dan reformasi struktur pengendali operasi air di Kelantan,” katanya. BH

Gali telaga air sendiri, PAS mampu tengok bukan mampu buat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker