AI curi kata laluan berdasarkan bunyi taip

AI curi kata laluan berdasarkan bunyi taip

Saintis-saintis memberi amaran bahawa teknologi kepintaran buatan (AI) sangat maju sehingga ia boleh mencuri kata laluan dengan hanya mendengar bunyi perkataan ditaip, lapor akhbar Daily Star semalam.

Model AI telah dilatih oleh para penyelidik sebelum ini untuk menekan 36 kekunci pada komputer MacBook Pro sebanyak 25 kali dan merakam bunyinya.

Saintis mendapati, adalah mungkin untuk mengenal pasti setiap kata laluan yang ditaip dengan ketepatan 95 peratus menggunakan mikrofon telefon pintar yang berdekatan.

Bunyi itu dimasukkan ke dalam sistem AI yang dapat mengenal pasti corak setiap kata laluan dengan betul, demikian menurut kajian oleh Universiti Surrey, Universiti Durham dan Universiti Royal Holloway.

Tambah kumpulan saintis tersebut, individu yang menggunakan komputer mereka di kafe, pub dan perpustakaan berisiko untuk data-data sensitif mereka dicuri oleh AI.

Pakar-pakar memberi amaran bahawa ancaman serangan siber berdasarkan bunyi telah meningkat ekoran peningkatan dalam persidangan video bersama peranti-peranti lain.

“Saya dapat melihat ketepatan dan serangan sedemikian meningkat.

“Setiap kekunci mempunyai audio atau suara unik, yang boleh menyimpulkan huruf yang ditekan,” kata pengarang bersama kajian, Dr. Ehsan Toreini. K Online

AI curi kata laluan berdasarkan bunyi taip

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Duit Dini Schatzmann habis

Shila Amzah serabut tengok mak bapa bergaduh

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Wajah Enot Dah Berubah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker