Tolak parti ‘curah minyak dalam api’, Tok Mat beritahu pengundi

Tolak parti ‘curah minyak dalam api’, Tok Mat beritahu pengundi

REMBAU: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyeru pengundi perlu bijak menolak sentimen kaum dan agama dimainkan parti tertentu menjelang PRN enam negeri 12 Ogos.

Calon Barisan Nasional (BN) Rantau itu berkata, memainkan sentimen kaum berbahaya dalam negara berbilang kaum di Malaysia, dan menggesa semua parti politik berkempen secara sihat dan rasional.



“Saya berharap semua pihak dapat berkempen secara sihat dan rasional iaitu menonjolkan kewibawaan kita, bukannya seperti mencurahkan minyak ke dalam api,” katanya yang mesra dikenali Tok Mat pada sidang media.

Beliau yang juga timbalan pengerusi BN membuat kembali berkempen selepas dijangkiti influenza pada Rabu.

Sementara itu, Mohamad enggan “melayan” gesaan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Hamzah Zainudin yang “memujuk” ahli Umno dan pengundi menyokong gabungan pembangkang itu.

“Ini tugas kita masa kempen ini minta meminta pujuk memujuk rayu merayu agar di situ nanti kita boleh terangkan kepada rakyat kepada pengundi perbezaan jika kita meneliti kedua dua parti yang bertanding,” katanya.



Semalam, Hamzah membuat gesaan supaya ahli Umno menyokong PN dalam usaha memaksa Zahid Hamidi berundur sebagai presiden parti.

Hamzah, yang pernah bersama Umno mendakwa Zahid terpaksa berundur sekiranya prestasi Umno semakin memburuk menerusi tekanan daripada ahli parti. FMT

Tolak parti ‘curah minyak dalam api’, Tok Mat beritahu pengundi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker