Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu

Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu

Muhammad Faiz Na’aman hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu termasuk keluar sebagai ahli parti itu.

“Keputusan yang saya ambil ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, dibuat secara sukarela dan berdasarkan prinsip yang saya pegang di mana saya tidak boleh lagi mewakili kepimpinan parti kerana mempunyai pertentangan pendapat, idea serta visi mengenai pengurusan serta hala tuju Bersatu.

“Saya ucapkan terima kasih atas segala peluang yang telah diberikan kepimpinan parti selama tujuh tahun saya bersama dalam parti ini, sejak ia ditubuhkan pada 2016,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Faiz sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan berlawanan dengan keputusan pimpinan tertinggi berhubung calon Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, calon Bersatu yang akan bertanding adalah ‘lemah dan bermuslihat’ dan membangkitkan keputusan parti untuk mencalonkan mereka yang telah tewas dalam PRU15, dan secara khusus menyebut nama Rina yang tewas di Sepang, Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sasha Lyna Abdul Latiff (Ampang) dan Dr Afif Bahardin (Shah Alam).

[Berita penuh menyusul]

Faiz Na’aman keluar parti, kecewa dengan Bersatu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker