PAS boikot Gerakan – Penganalisis

PAS mungkin memboikot Gerakan secara keseluruhan, bukan hanya Presidennya Dominic Lau, kata penganalisis politik.

Selasa lalu, Lau diminta meninggalkan ceramah Perikatan Nasional (PN) di Sungai Dua kerana hadir tanpa diundang.

Lau, yang pencalonannya di Bayan Lepas dikatakan mengecewakan akar umbi PAS di kerusi majoriti Melayu itu, cuba tidak memperbesarkan insiden itu dengan mendakwa ia “tidak benar” pada mulanya.



Tetapi, rakaman video Malaysiakini menunjukkan Lau dihalang seorang pemimpin PAS Pulau Pinang daripada mengikuti Naib Presidennya, Idris Ahmad ke atas pentas

Pemimpin PAS itu didengar memberitahu Lau: “Tak boleh (ikut). You go away.”

Sebelum ini, Kosmo melaporkan PAS Bahagian Bayan Lepas PAS menggesa PRN 12 Ogos diboikot, jika Lau dicalonkan di sana. Ia turut mengugut akan menutup pusat operasinya.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, Lau tidak diundang ke ceramah itu untuk meredakan kemarahan akar umbi PAS dengan pencalonannya.



“Ia menunjukkan masalah dihadapi Gerakan, bagi kerusi Bayan Lepas dan kerusi lain yang diberikan kepada parti itu di Pulau Pinang.

“Saya pasti penyokong PAS akan memboikot mana-mana calon Gerakan di Pulau Pinang selepas insiden di Bayan Lepas.”

Katanya, prospek Gerakan di Pulau Pinang kelihatan tidak baik kerana ia bergantung kepada penyokong PAS dan Bersatu bagi kira-kira 90% undinya, yang hampir semuanya adalah orang Melayu.

James Chin dari Universiti Tasmania berkata, PAS jelas memboikot Lau dan kepimpinan parti itu tidak akan campur tangan untuk melangkaui cawangan Bayan Lepas.



“Ini bermakna, walaupun dia presiden parti komponen PN, mereka tidak akan menghormatinya sama sekali.

“Sekali lagi, ini tidak menghairankan kerana kita tahu dalam PN, semuanya adalah ‘Melayu-didahulukan’,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, masalah ini timbul daripada Lau sendiri kerana cuba bertanding di kerusi majoriti Melayu.

“Namun, dia mahukannya kerana mahu peluang untuk menang, dia tahu peluangnya menang di kerusi majoriti Cina tipis.”



Katanya, Gerakan kini dalam dilema kerana tiada tempat lain dituju dan sebagai komponen PN, parti itu mungkin terus dilayan sedemikian.

“Mereka akan terus dihina dan yang menyedihkan ialah mereka akan menerima semua penghinaan daripada Bersatu dan PAS, tiada masalah.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker