Muhkriz dedah PN pujuk Pejuang tolong berkempen dalam PRN

“Saya rasa hairan kerana dalam kami ditolak tapi sampai ke hari ini kami masih lagi diundang untuk bantu berkempen malah jadi jentera (PN).

“Ada juga minta sampai naik ke pentas bersyarah untuk kempen calon PN. Nampak gayanya kami masih relevan, masih ada keupayaan untuk tarik undi Melayu,” kata Mukhriz.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir secara sinis mempersoalkan pendirian Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan untuk menyertai gabungan pimpinan Muhyiddin Yassin, tetapi masih mengharapkan bantuan pihaknya untuk kempen PRN.

bekas menteri besar Kedah itu mendedahkan pemimpin Pejuang masih diundang untuk membantu kempen calon PN dan diminta berucap di pentas ceramah politik mereka.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata Pejuang enggan terbabit dalam kempen PN serta tidak menggerakkan jentera, kerana mengambil pendekatan berkecuali selepas kepimpinan parti mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada PRN enam negeri.

“Pejuang berkecuali maka keputusan PRN sebenarnya tak lah beri kesan besar sangat kepada Pejuang.”

Bekas pemimpin Umno itu mengakui pada awalnya Pejuang ada peluang cerah menyertai PN selepas Proklamasi Orang Melayu yang digagaskan ayahnya, Dr Mahathir Mohamad mendapat sambutan pemimpin PN termasuk Presiden PAS Hadi Awang dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, surat permohonan yang dihantar secara rasmi kepada PN pada Januari tahun ini ditolak PN menerusi kenyataan media Setiausaha Agung Hamzah Zainudin pada Mac.

“Memang ada sedikit rasa kecewa, terkilan pun ada…. kalau dah sampai terlampau lewat macam itu lebih baik kami berundur. Kami sedar diri hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“Lebih baik berundur setapak tetapi tidaklah terus. Tempoh ini diambil untuk buat persiapan PRU16,” katanya yang sehingga kini masih tidak mengetahui alasan sebenar PN menolak permohonan partinya.

Mengulas keputusan Pejuang tidak bertanding, yang bermaksud dirinya juga tidak mempertahankan kerusi DUN Jitra dimenangi PRU14, Mukhriz berkata ia ingin membina kekuatan parti selepas gagal pada PRU15 selain PRN Melaka dan Johor.

“Kami kalah semua malah hilang deposit. Kita sedar Pejuang ini mungkin masih kecil dan baru walaupun ada tokoh-tokoh lama berkecimpung seperti Tun (Mahathir, keluar Pejuang pada Februari), kita rasakan penerimaan rakyat masih tidak pada tahap tinggi,” katanya.

“Sebab itu pada mesyuarat agung tahunan pada 14 Jan kita buat keputusan untuk menyertai mana-mana gabungan dalam pilihan raya,” katanya yang kemudian menggerakkan komunikasi dengan wakil Pakatan Harapan (PH) dan PN untuk berunding namun tidak membuahkan sebarang kejayaan.

Sedar politik pasca PRU14 bersifat lebih dinamik, Mukhriz berkata pihaknya masih samar-samar dengan jajaran politik selepas PRN, dan masih memerhati gabungan mana yang bakal mencipta kejutan di enam negeri.

“Waktu ini memang kami cenderung nak menyatukan politik Melayu, walaupun begitu kami nak tengok apa keadaan yang akan berlaku.

“Ada yang kata kerajaan PH akan tumbang dalam masa terdekat (tetapi) saya tak pasti… saya tak berapa nampak lagi apa faktor yang bagi perkara tu jadi.”

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker