Anwar puji ‘langkah pendekar’ Zahid pertahankan UMNO daripada Mahathir
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana berani mempertahankan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kemerdekaan.
Beliau berkata, Ahmad Zahid dilihat berani menghadapi risiko dan terus berjuang demi UMNO berbanding kelompok ahli UMNO yang keluar parti sebelum ini.
Walaupun timbalan perdana menteri itu berdepan pelbagai pertuduhan kes di mahkamah, beliau tetap mahu menyelamatkan UMNO daripada dibubarkan.
“Sikap dan integriti Ahmad Zahid wajar dihargai dan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN harus dikukuhkan untuk keharmonian Kerajaan Perpaduan.
“Ada orang hina Ahmad Zahid, memang beliau berdepan kes mahkamah namun kita tak boleh nafikan satu perkara, iaitu beliau ada keberanian.
“Orang lain kalau Tun Dr Mahathir Mohamad panggil dan suruh tutup UMNO, kalau tak tutup nanti kena (tindakan). Namun abang saya (Ahmad Zahid) jawab tak boleh tutup kerana UMNO parti orang Melayu dan ada sejarah perjuangan kebangsaan. Saya ‘salute’ untuk itu,” katanya pada ceramah Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar di Alor Mengkudu, malam tadi.
Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan rasa hormat kepada bekas Musyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan memiliki integriti yang tinggi.
“Sebab apa kita kasih kepada tuan guru Nik Aziz. Dia daripada PAS tapi kita hormat sebab beliau ada integriti, tak ambil tanah, tak ambil balak dia tak curi.
“Tapi ada pula yang masih ada kuasa, tanah projek kamu sakau nak cakap banyak apa?” katanya.
Sehubungan itu, Anwar sekali lagi menepis dakwaan beliau mengadap Sultan Kedah bersama usahawan Indonesia, Reza Khalid untuk mendapatkan tanah di Kedah bagi tujuan penerokaan unsur nadir bumi (REE).
“Bukan saya panggil jumpa minta tanah, tak ada, bukan macam kamu dan rakan-rakan kamu. Saya tak gunakan kuasa curi harta rakyat untuk memperkayakan diri dan ahli keluarga,” katanya.
Anwar turut meminta pengundi memilih Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya negeri (PRN) selari dengan kempen ‘kalih bagi sama’ yang dilaungkan ribuan penyokong pada program malam tadi.
“Pastikan Kedah ini kita kalih bagi sama, sebab apa? Sebab senang nak runding macam-macam untuk manfaat rakyat. Program kita sekarang melonjak termasuk pelaburan di Kulim High Tech Park bawah Persekutuan, memang terletak di Kulim tetapi itu adalah projek Persekutuan.
“Selain itu Arab Saudi setuju menjadikan Malaysia sebagai pusat pelaburan rantau ini, dengan itu kita harus pertingkatkan kemahiran untuk negara ini lebih maju,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi hero
- Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan
You must be logged in to post a comment.