Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
Di Rusia, seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kerana didakwa mengurung seorang wanita sebagai hamba seks selama 14 tahun di rumahnya di Chelyabinsk.
Menerusi laporan New York Post, mangsa yang dikenali sebagai Ekaterina yang kini berusia 33 tahun, mendakwa dikurung sejak 2009 dan dirogol lebih 1,000 kali.
Suspek, Vladimir Cheskidov, 51, juga didakwa membunuh seorang wanita lain di rumah sama, pada 2011. Cheskidov ditahan selepas Ekaterina, melarikan diri dengan bantuan ibunya sebelum pergi ke balai polis.
Ekaterina memberitahu polis bahawa dia dibenarkan keluar dari bilik tidur untuk melakukan kerja rumah selain mendakwa berulang kali diseksa, juga dipukul dengan kejam kerana isu-isu kecil.
Polis menggeledah rumah satu tingkat Cheskidov di kampung Smolino dan menemui koleksi mainan seks dan cakera padat (CD) yang mengandungi video pornografi.
Cawangan tempatan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengesahkan penemuan mayat manusia di ruang bawah tanah rumah itu.
Menurut pegawai penyiasat, Russia Today, Cheskidov bertemu Ekaterina yang ketika itu berumur 19, pada 2009 dan mengajaknya minum minuman alkohol di rumah yang didiaminya sebelum mengurungnya di sana sejak itu.
Cheskidov menghidap penyakit mental dan selepas keadaannya semakin teruk, dia dibawa ke hospital tempatan dan ia memberi peluang kepada Ekaterina untuk melarikan diri dari rumah itu.
Ekaterina memberitahu polis bahawa Cheskidov membawa seorang lagi banduan wanita ke dalam rumah, yang dibunuhnya selepas mereka bergaduh pada 2011.
Berikutan itu, Cheskidov menghadapi tuduhan membunuh, merogol dan menculik. Lelaki itu kini ditempatkan di institusi mental dan diletakkan di bawah pengawasan polis.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas paling banyak cerai politik, khianat rakan
- Sila jawab Sanusi – Nik Nazmi
- Bulu kaki Masya Masyitah pulak jadi hal
- Peja pilih calon tak boleh menang – Hafiz
- Ahli PAS perlu dengar mesej adik arwah Tok Guru
- Pas suka jika Muhyiddin ‘bunuh’ UMNO
- Hempas bayi, campak budak 3 tahun dari tingkat 1 setelah dengar bisikan
- Zawawi ‘sekolahkan’ Annuar Musa
- Saifuddin cabar Sanusi bawa bukti PM, taikun ke Kedah minta REE
- Inspektor Sheila kagum, puji Iqbal ‘sweet’
- Remaja ketagih main ‘game’ tendang ibu selepas telefon dirampas
- Pelajar tikam pembuli dalam kelas
- Pas yang khianati UMNO tinggalkan MN
- Presiden Gerakan tidak diterima dan dimalukan di ceramah mega PN di Tasik Gelugor [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen
You must be logged in to post a comment.