Azwan maki hamun Azmin guna rumah pusaka jadi markas PN

Azwan maki hamun Azmin guna rumah pusaka jadi markas PN

Personaliti TV, Azwan Ali meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan abang kandungnya, figura politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menggunakan rumah pusaka ibu bapanya di Hulu Kelang sebagai markas Perikatan Nasional (PN) di Twitter, hari ini.

Dalam video tersebut, Azwan memberi amaran kepada Azmin dan mengatakan dia tidak ‘hadap’ bantuan daripada abangnya itu.

Memetik Utusan, rumah pusaka milik Allahyarham Haji Ali dan Mak Tom itu sudah pun diubahsuai dan kosnya ditanggung oleh Azmin Ali.

Namun begitu, Azwan berasa kesal kerana figura politik itu tergamak menggunakan rumah tersebut untuk tujuan politik.

Rumah pusaka itu sejak zaman arwah nenek, Rafeah Buang masih hidup. Masih ingat lagi semasa zaman remaja, saya duduk berdua dengan arwah di bawah pokok jambu. Saya rapat dengan nenek.

Rumah itu terlalu banyak nostalgia antaranya Datuk Sharifah Aini, Rohana Jalil dan Datuk Jamal Abdillah pernah merakamkan lagu Suasana Hari Raya.

Ujar Azwan lagi, dia tidak berniat untuk menjatuhkan Azmin sempena Pilihan Raya Negeri yang sedang berlangsung.

Hubungan kekeluargaan antara kedua-dua sememangnya diketahui retak menanti belah dan sekian lama tegang berikutan siri serangan peribadi yang dilakukan Azwan terhadap abangnya sebelum ini.

Azwan maki hamun Azmin guna rumah pusaka jadi markas PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker