Hempas bayi, campak budak 3 tahun dari tingkat 1 setelah dengar bisikan

Hempas bayi, campak budak 3 tahun dari tingkat 1 setelah dengar bisikan

Seorang kanak-kanak tiga tahun patah kaki kiri dan cedera di mulut selepas dicampak dari tingkat satu pangsapuri oleh bapa saudaranya di Sungai Pinang, Georgetown, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.40 petang itu, adik perempuannya yang berusia 40 hari turut mengalami pendarahan di kepala akibat dihempas ke lantai dan mereka kini dirawat di hospital, menurut Berita Harian.

Suspek berusia 29 tahun itu dikatakan sempat mengelar pergelangan tangannya sebelum mencederakan dua mangsa terbabit.

Difahamkan kejadian berlaku di rumah nenek dua beradik itu berikutan ibu mereka masih dalam tempoh berpantang.

Menurut salah seorang ahli keluarga yang mahu dikenali sebagai Taiyoob, 31, dia terdengar jeritan ibunya meminta pertolongan sebelum mendapati suspek berada dalam keadaan berlumuran darah.

Sementara itu, Ketua Polis Timur Laut Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya. FMT

Hempas bayi, campak budak 3 tahun dari tingkat 1 setelah dengar bisikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker