Pemimpin Bersatu persoal keputusan parti tampil calon lemah termasuk Azmin Ali

Pemimpin Bersatu persoal keputusan parti tampil calon lemah termasuk Azmin Ali

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman tidak berpuas hati dengan cara parti itu memilih calon yang akan bertanding dalam PRN di Selangor pada Ogos ini.

Faiz turut mempersoalkan mengapa parti itu mengambil risiko dengan memilih semula calon yang tewas dalam PRU15 pada November tahun lalu.



Ini termasuklah Azmin Ali yang bertanding di Hulu Kelang, Rina Harun (Batu Tiga), Sasha Lyna Abdul Latif (Bukit Antarabangsa) dan Dr Afif Bahardin (Taman Medan) yang semua disifatkan beliau sebagai “lemah” kerana ditolak oleh rakyat.

Faiz berkata beliau menyuarakan perkara itu secara peribadi kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tetapi diberitahu bahawa keputusan terbabit adalah muktamad.

“Saya lihat masalah ini berlaku sejak PRN di Melaka dan Johor lagi, yang mana kita kalah akibat salah urus dari aspek calon,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, data yang dibentang dalam mesyuarat kononnya mereka ada nilai sebenarnya tetapi selepas post mortem dijalankan ia menunjukkan sebaliknya.



“Bagi saya, keadaan seperti ini telah berulang. Ada lagi beberapa calon saya tidak kenali yang dikatakan sebagai ‘kem Azmin’ dan muncul dalam PRN kali ini,” katanya.

Perikatan Nasional bertanding di semua 56 kerusi DUN di Selangor, dengan Bersatu diberikan kerusi paling banyak iaitu 31, diikuti PAS (17) dan Gerakan (lapan).

Faiz juga mendakwa terdapat calon bukan Melayu dikesan sebagai pengikut bekas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), namun turut keluar PBM selepas parti itu berdepan krisis dalaman tahun lalu.

“Puak Zuraida ini ada yang masuk Muafakat Nasional dan Gerakan. Mereka ini muncul kembali sebagai calon PN atas tiket Gerakan. Jadi, kami marahlah sebab mereka dicalonkan,” katanya.



Faiz turut mendakwa ada calon asalnya ahli Bersatu namun menyertai Pejuang dan telah berkempen untuk parti diasaskan oleh Dr Mahathir itu, namun masih mendakwa sebagai ahli Bersatu kemudian dicalonkan bertanding PRN.

Tidak menyebut nama calon itu, Faiz berkata individu itu dinamakan sebagai calon PN di Bukit Melawati. Terdahulu Muhyiddin mengumumkan Norazley Yahya sebagai calon PN untuk kerusi itu.

Faiz juga berkata ada calon yang tiada jasa kepada Bersatu tetapi tiba-tiba sahaja dicalonkan, termasuk “dari NGO dan bekas gengster”. FMT

Pemimpin Bersatu persoal keputusan parti tampil calon lemah termasuk Azmin Ali



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)



Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)



Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker