Muhyiddin sentuh isu kalimah Allah tak hormat titah raja Melayu

Sultan Selangor pada Jun bertitah semua pihak tidak mempolitik, membangkit, atau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah sehingga Majlis Raja-raja buat keputusan muktamad.

Muhyiddin sentuh isu kalimah Allah tak hormat titah raja Melayu

Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin dibidas kerana tidak menghormati titah raja Melayu yang mahu semua pihak tidak membangkitkan isu penggunaan kalimah Allah sehingga Majlis Raja-raja buat keputusan muktamad.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata ucapan Muhyiddin di Kapar, Selangor pada Ahad lepas yang menyentuh isu tersebut menunjukkan pemimpin utama PN itu tidak menghormati nasihat raja Melayu.



“Kalau sebagai pemimpin politik Melayu Islam tidak boleh menghormati nasihat raja-raja, percayalah orang macam ini tak akan menghormati sama sekali rakyatnya sendiri. Dia akan terus bernafas dalam politik dengan cara memainkan isu seperti ini walaupun Majlis Raja-raja nasihat sebaliknya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Kedah.

Sultan Selangor pada Jun bertitah semua pihak tidak mempolitik, membangkit, atau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah, sehingga Majlis Raja-raja buat keputusan muktamad.

Sultan Sharafuddin Idris Shah mengizinkan isu itu dibincangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada Ogos, dan hasilnya akan diangkat ke penelitian Majlis Raja-raja pada Oktober. FMT

Muhyiddin sentuh isu kalimah Allah tak hormat titah raja Melayu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baju Jasmine Suraya bikin kecoh di kalangan netizen (Video)



Ira Kazar Mengamuk, Selar Individu Batak ‘Likes’ Dan ‘Views’

Jakun dapat basikal – TMJ (Video)



Fathia Latiff cukuplah ‘cucuk’ muka

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker