Pantau tekanan darah dengan cara ini
Pantau tekanan darah dengan cara ini
Kadar hipertensi atau tekanan darah tinggi di negara ini berada pada tahap sangat tinggi dengan tiga daripada 10 orang dewasa mengalami penyakit kronik itu.
Jumlah itu membimbangkan, namun masih ramai mengambil mudah mengenainya sehingga sebilangan mereka tidak sedar dijangkiti kerana tiada gejala ketara penyakit berkenaan.
Ini kerana hipertensi tidak menunjukkan gejala jelas. Dengan pemakanan, gaya hidup tidak aktif antara punca berdepan masalah itu berlaku.
Cara mengubahnya dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam, pengambilan diet seimbang, menurunkan berat badan dan berhenti merokok dan lain-lain bagi membantu mencegah menghidap tekanan darah tinggi atau penyakit kronik lain.
Tiga cara mudah guna mesin periksa BP
Namun, selain rutin harian gaya hidup aktif, cara mengesan dan mengawasi tanda-tanda awal penyakit itu dengan memantau tahap tekanan darah tinggi (BP) dengan menggunakan mesin dan rutin ini boleh dilakukan sendiri di rumah.
Justeru, lebih baik memilih mesin pemantau BP dilengkapi kriteria terbaik, jenama dipercayai, disahkan secara klinikal dan saiz lilitan kaf tekanan darah (cuff) sesuai yang dicadangkan profesional.
Sebagai contoh, orang ramai boleh disyorkan menggunakan produk penjagaan kesihatan Jepun, OMRON Healthcare bagi membantu memantau BP dengan mudah.
Kini dengan peralatan itu, tahap BP boleh diperiksa sebagai aktiviti atau rutin harian, iaitu dengan mengikuti tiga cara mudah ini.
Pertama, pastikan duduk dengan posisi selesa, kedua; lengan diletakkan di atas meja. Ketiga; pakaikan alat lilitan kaf tekanan darah dengan betul.
Jadi, cara penggunaan peralatan dengan teknik yang tepat perlu diketahui terlebih dahulu. Sedikit kesilapan yang dianggap biasa boleh menjejaskan bacaan BP yang diperoleh dan akhirnya bacaan itu tidak menggambarkan tahap kesihatan seseorang itu.
Misalnya, gunakan senarai semak ‘Saranan & Larangan’ untuk memastikan BP dapat dipantau dengan baik.
Saranan
Periksa tekanan darah selepas satu jam bangun daripada tidur
Sebaiknya periksa tekanan darah sebelum mengambil sarapan
Pastikan duduk di dalam keadaan selesa dengan posisi bersandar
Pastikan tangan diletakkan sama paras dengan jantung
Tetapkan lima minit pertama sebagai tempoh bertenang sebelum memulakan pemeriksaan
Pengguna disarankan melakukan pemeriksaan setiap hari dan pengguna digalakkan mengambil ukuran BP satu jam selepas bangun dan sebelum tidur
Untuk lebih tepat, duduk di kerusi sambil menegakkan belakang badan, bertenang dan jangan duduk bersilang kaki
Larangan:
Pundi kencing yang penuh (tahan kencing)
Duduk tidak dalam posisi yang betul
Bercakap-cakap ketika bacaan tekanan darah diambil
Bersenam, minum kopi atau merokok 30 minit sebelum bacaan diambil
Memakai pakaian yang ketat
Kesemua aktiviti ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bacaan yang tidak tepat
Elakkan lakukan senaman, minum minuman berkafein dan merokok kira-kira 30 minit, sebelum melakukannya bagi mendapatkan bacaan BP tepat
Dapatkan ganjaran syiling HealthCoins yang boleh ditukar dengan baucer menarik sambil membuat pemeriksaan tekanan darah.
Dalam pada itu, cara memantau BP juga boleh berbeza mengikut waktu siang, malam atau ketika anda berjumpa doktor dengan bacaannya tidak statik. BH
Pantau tekanan darah dengan cara ini
Baca Artikel Menarik:
- Resah dengan kritikan ahli, Takiyuddin arah hentikan segera komen isu dalaman parti
- Benarkah ‘perkahwinan’ PAS-BERSATU retak menanti belah?
- Detik terakhir Ustaz Dr. Soberi meninggal dunia semasa sampaikan kuliah Subuh [VIDEO]
- Tindakan terburu-buru BAM tamatkan kontrak Misbun dikritik
- Bintang Nik Abduh makin pudar dalam PAS – penganalisis
- Artis turun padang bantu kempen
- Sengaja singkirkan Nik Abduh, adik Nik Aziz seru rakyat Kelantan tolak Nik Amar
- “Terima kasih emak… sayang mak sangat-sangat” – al Fatihah… ibu Ubai meninggal dunia
- Cabaran debat ekonomi: Azmin tolak, Sanusi lari, Syahir jangan menyorok
- Lelaki tidak terima gaji curi mi segera
- Penjaga zoo nyaris dibaham aligator depan pengunjung [VIDEO]
- Bossku kenal siapa kawan mana lawan, Papagomo, Syed Imran jangan tunggang isu
- Kertas siasatan tak buka, barang kes mereput dalam stor’, PTG nak lindung siapa?
- Influencer selalu tunjuk kemewahan ditemui mati dengan badan dikerat-kerat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal
Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian
You must be logged in to post a comment.