Wanita ditemui mati dibunuh sepupu kerana tolak lamaran

Seorang wanita di New Delhi, India didakwa dibunuh oleh sepupu sendiri selepas menolak untuk berkahwin dengan lelaki tersebut, lapor laman berita Wion News semalam.

Nargis, 23, dikatakan sedang bersedia untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam ketika dia dibunuh.

Suspek, Irfan, sebelum ini pernah dihalau keluarga mangsa kira-kira lima hingga enam tahun lalu kerana mula mengganggu wanita itu selepas dia menumpang di rumah keluarga tersebut.

Bapa Nargis, Suljat, yang bekerja sebagai mekanik motosikal berkata, mangsa ialah anak perempuan tunggalnya.

“Saya mahukan keadilan untuknya. Dia (suspek) perlu menerima hukuman berat. Kami tidak akan memaafkannya atas apa yang dia lakukan,” kata Suljat.

Supritendan Chandan Chowdhary berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung satu kes pembunuhan di Taman Vijay Mandal kelmarin, di mana mayat seorang wanita ditemui terbaring di atas tanah.

Sebuah kerusi, batang besi dan beg turut ditemui di sebelahnya.

Polis menahan suspek di rumahnya di Sangam Vihar kira-kira 7 hingga 8 kilometer dari rumah mangsa.

Saudara lelaki Nargis, Sameer berkata: “Kira-kira enam bulan lalu, keluarga kami menolak lamaran perkahwinan tertuduh. Kakak saya tidak mahu berkahwin dengannya.”

Menurut polis, perbincangan mengenai perkahwinan antara suspek dan mangsa pernah diadakan tetapi keluarga wanita itu akhirnya tidak merestuinya.

“Dia kemudian berhenti berhubung dengan suspek, dan tindakan itu membuatnya menjadi tidak keruan,” kata polis. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker