Pejabat Sultan Perak lapor polis video olah titah untuk pengaruh pengundi sokong PAS

Pejabat Sultan Perak lapor polis video olah titah untuk pengaruh pengundi sokong PAS

Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis berkenaan video yang mengolah kenyataan Sultan Nazrin Shah, yang dipercayai untuk mempengaruhi pengundi agar menyokong PAS pada PRN enam negeri.

Pejabat itu berkata pihak terbabit memilih “sebahagian kecil” titah Sultan Nazrin pada 2013, untuk video yang diolah dengan cara yang telah mengheret kedudukan seorang raja pemerintah untuk tujuan politik kepartian.



“Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak sama sekali memihak dan jauh sekali daripada memberikan sokongan secara terbuka kepada mana-mana kumpulan politik,” kata pejabat itu dalam kenyataan.

Ia juga menyifatkan penularan video itu sangat tidak beretika, tidak bersopan kepada seorang raja pemerintah, dan mencemarkan nama baik takhta.

“Demi melindungi nama baik Sultan Perak daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak untuk meraih laba politik, Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis pada 29 Jul.”

Terdahulu, polis menerima 16 laporan selepas tular suatu video di Facebook berkaitan PAS, kerana didakwa mencemar nama baik Sultan Perak.



Menurut ringkasan laporan yang disahkan oleh Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri, video di Facebook PAS cawangan Kampung Tun Sardon di Hang Tuah Jaya, Melaka telah “mengeksploitasi titah ucapan Sultan Perak” seolah-olah memuji PAS sebagai parti terbaik untuk dipilih.

Menjelaskan titah tersebut, Pejabat Sultan Perak berkata ia disampaikan pada suatu wacana anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2013, ketika Sultan Nazrin pemangku raja Perak.

Di wacana itu, Sultan Nazrin menyampaikan analisis selama 90 minit melibatkan dua parti terbesar Melayu yang dominan ketika itu, iaitu Umno dan PAS.

Menurut Pejabat Sultan Perak, Sultan Nazrin tidak hanya menzahirkan kata-kata positif terhadap PAS pada 2013, tetapi secara seimbang turut menzahirkan kupasan yang sama terhadap Umno.



“Bahagian yang memuji PAS hanyalah petikan pendek, begitu juga pujian terhadap Umno. Untuk itu tidak timbul bahawa baginda hanya memandangkan tinggi mengenai PAS,” katanya.

“Baginda memberikan ulasan seimbang antara dua buah parti politik Melayu tersebut dan turut menzahirkan peringatan kepada kedua-dua pihak agar keghairahan mendapatkan sokongan politik dan kuasa jangan sampai memecahbelahkan bangsa dan memusnahkan negara.” FMT

Pejabat Sultan Perak lapor polis video olah titah untuk pengaruh pengundi sokong PAS

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal



Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker