Keluarga tahanan Sosma mogok lapar di luar penjara

Saudara-mara tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) melancarkan mogok lapar di luar penjara Sungai Buloh.

Mereka menuntut agar tahanan – yang sedang dipenjarakan tanpa bicara – dibebaskan.

Menurut The Star, kira-kira 100 ahli keluarga 69 tahanan Sosma mengambil bahagian dalam mogok itu.



Kira-kira 34 daripada tahanan itu dilaporkan ditahan di Sungai Buloh manakala selebihnya ditahan di Alor Setar, Kedah.

Sosma ialah undang-undang kontroversi yang membenarkan penahanan sehingga 28 hari.

Antara lain, undang-undang itu juga membenarkan pegawai polis yang berpangkat superintenden dan ke atas untuk menafikan akses tahanan kepada waris atau peguam mereka sehingga 48 jam jika ada alasan munasabah untuk berbuat demikian.

Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau, yang bertemu dengan peserta mogok lapar itu dan menyatakan solidariti dengan mereka, berharap kerajaan akan campur tangan segera.



“Memandangkan diri saya sendiri bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditahan tanpa bicara selama 495 hari, saya tidak tahan melihat keluarga ini berduka dan menangis.

“Semoga kerajaan akan menyelesaikan penderitaan mereka ini segera dengan menyediakan penyelesaian segera, kerana Pakatan Harapan sentiasa menentang penahanan tanpa bicara,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Kerajaan telah berkata ia merancang untuk “menyemak semula” peruntukan Sosma, namun aktivis hak asasi manusia mendesak pemansuhan sepenuhnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah



Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker