Golongan ini buat umat Islam berpecah
Golongan ini buat umat Islam berpecah
Ketika ini ramai mendakwa mereka beraliran ahli sunnah waljamaah sebenar berbanding firqah lain kerana hanya golongan ahli sunnah waljamaah sebenar yang akan masuk ke syurga berbanding 73 golongan yang disebut Baginda s.a.w.
“Yahudi telah berpecah belah menjadi 71 golongan, maka satu di syurga dan 70 di neraka. Dan Nasara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, satu di syurga dan 71 di neraka. Dan demi yang jiwaku di tangan Nya, sungguh umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan, maka satu di Syurga dan 72 di neraka. Dikatakan, “wahai Rasulullah siapa mereka itu? Jawab Baginda s.a.w. “mereka adalah al-Jamaah”. (HR Ahmad)
Menurut Datuk Dr. Zakaria Stapa, Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hadis ini menjadikan mana-mana pihak mengakui merekalah ahli sunnah waljamaah sebenar, apalagi hari ini suburnya banyak aliran yang menyebabkan perpecahan masyarakat seperti salafi wahabi.
Maknanya kelompok salafi wahabi pun mengakui merekalah ahli sunnah waljamaah yang sebenar. Dan dalam masa yang sama, mereka pula lantang mengatakan firqah Asya’irah bukan dalam kalangan ahli sunnah. Lebih teruk lagi menuduhnya sebagai sesat dan menyeleweng.
Sedangkan ketika ini merujuk kepada sejarah, rantau Asia Tenggara memang telah dikuasai oleh pemikiran yang dibawa oleh Imam Asyari dan Imam Maturidiyah. Terutama Malaysia dalam bab akidah yang menjadikan Imam Asyairah dan Imam Maturidiyah sebagai sumber rujukan utama.
Manakala dalam bab ibadah seperti usul feqah merujuk terus kepada mazhab yang empat terutama Imam as- Syafie. Dan bab akhlak pula merujuk kepada Imam al-Ghazali. Merekalah sumber rujukan yang dianggap autentik dan berautoriti bagi kalangan ahli sunnah.
Apatah lagi sepanjang mengikuti fahaman ini, kalangan umat Islam tidak pernah bertelagah sedari Islam berkembang di sini sejak dari dahulu lagi.
Namun mutakhir ini, isu-isu remeh yang sudah pun selesai seperti isu talkin, membaca Yasin malam Jumaat dan sebagainya mula ditimbulkan kembali. Ia secara langsung mula menyebabkan keretakan dan perpecahan dalam masyarakat.
Mungkin pada ketika ini masyarakat telah mempunyai input-input yang luas berdasarkan pengajian-pangajian sebahagian daripada pelajar-pelajar, atau pun orang Islam kita yang pergi ke Arab Saudi.
Boleh jika semua ada pengetahuan
Menurut Dr. Zakaria lagi, jika kalangan wahabiyah mengatakan umat Islam tidak perlu berpegang pada mazhab dan hanya berpegang kepada al-Quran dan sunnah semata-mata, baik kita tidak pegang.
Ambillah mana-mana mazhab pun yang ada, itu boleh dengan syarat mereka ini benar-benar faham dengan syariat Islam. Bahkan Imam Syafie pun tidak pernah mengarahkan umat Islam berpegang dengan mazhabnya.
Akan tetapi menjadi masalah yang sangat besar, apabila masyarakat Islam kita hari ini masih tidak punya pengetahuan yang jitu dan kepakaran yang menyeluruh. Dek kerana itulah kita mengikuti mazhabnya.
Bahkan orang awam juga perlu mengikut kerana masyarakat awam jahil tentang usul feqh atau qawaid feqiah.
Janganlah sampai kita ini hanya sekadar membaca satu hadis, kemudian tanpa pengkajian yang syumul kita pun galak mengeluarkan hukum. Sedangkan ada kaedahnya yang perlu diikut berlandaskan kepada yang ditetapkan oleh para ulama.
Mana mungkin Imam as-Syafie ataupun Imam Hambali tidak membaca atau mengkaji keseluruhan hadis tatkala mengeluarkan sesuatu hukum. Pastilah mereka juga sudah membaca dan mengkaji keseluruhannya terutama tentang suasana semasa dan tempatnya, barulah sesebuah hukum dikeluarkan. Jadi bagaimana kita?
Dan disebabkan itulah juga Imam as-Syafie ada qaulul jaded dan qaul qadim. Ketika di Mesir beliau mengeluarkan sesuatu hukum, kemudian apabila berpindah ke Madinah, setelah melihat suasana baru maka ia keluarkan hukum baru dan berbeza.
Jadi pastilah juga hukum yang ada di Tanah Arab tidak sesuai diamalkan di Malaysia kerana melihat suasananya. Oleh itu, sebelum kita menetapkan sesuatu perkara terutama melibatkan hukum dalam ibadah, perlu punya ilmu yang luas bukan hanya sekadar mendengar dari seorang ahli agama dan terus mengatakan itu salah dan ini benar. Asas atau dasar ilmu itu perlu dipelajari seperti ilmu usul feqh, ulumul hadis dan sebagainya dan bukan hanya mengetahui hukum semata-mata dan terus mengisbatkannya sebagai halal atau haram.
Apalagi menuduh seseorang itu sebagai beraliran sesat dan tidak termasuk dalam kalangan ahli sunnah waljamaah, sudah tentu ini tidak menggambarkan sebagai akhlak dan adab Islam yang sebenar. Wallahu a’lam Utv
Golongan ini buat umat Islam berpecah
Baca Artikel Menarik:
- Resah dengan kritikan ahli, Takiyuddin arah hentikan segera komen isu dalaman parti
- Benarkah ‘perkahwinan’ PAS-BERSATU retak menanti belah?
- Detik terakhir Ustaz Dr. Soberi meninggal dunia semasa sampaikan kuliah Subuh [VIDEO]
- Tindakan terburu-buru BAM tamatkan kontrak Misbun dikritik
- Bintang Nik Abduh makin pudar dalam PAS – penganalisis
- Artis turun padang bantu kempen
- Sengaja singkirkan Nik Abduh, adik Nik Aziz seru rakyat Kelantan tolak Nik Amar
- “Terima kasih emak… sayang mak sangat-sangat” – al Fatihah… ibu Ubai meninggal dunia
- Cabaran debat ekonomi: Azmin tolak, Sanusi lari, Syahir jangan menyorok
- Lelaki tidak terima gaji curi mi segera
- Penjaga zoo nyaris dibaham aligator depan pengunjung [VIDEO]
- Bossku kenal siapa kawan mana lawan, Papagomo, Syed Imran jangan tunggang isu
- Kertas siasatan tak buka, barang kes mereput dalam stor’, PTG nak lindung siapa?
- Influencer selalu tunjuk kemewahan ditemui mati dengan badan dikerat-kerat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal
Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian
You must be logged in to post a comment.