Amaran penyakit LSD pada lembu Australia
Indonesia henti import lembu dari Australia
Amaran penyakit LSD pada lembu Australia
Indonesia bertindak menghentikan import lembu hidup dari Australia selepas mendapati sebilangan kecil haiwan ternakan itu yang dibawa masuk dari negara terbabit dijangkiti penyakit kulit berketul atau ‘Lumpy Skin Disease’ (LSD).
Menteri Pertanian Australia, Murray Watt, berkata pemberhentian import lembu itu membabitkan empat fasiliti dari negara terbabit ke Indonesia.
Beliau berkata, kedua-dua negara kini bagaimanapun sedang bekerjasama untuk meyakinkan pengguna bahawa semua haiwan yang dieksport dari Australia mematuhi keperluan Indonesia, termasuk bebas daripada LSD.
“Ujian diagnostik pantas terhadap ternakan lembu mula membantu memulihkan eksport daripada fasiliti yang terjejas,” katanya.
LSD, yang mengurangkan pengeluaran susu, adalah penyakit berjangkit disebabkan virus dan disebarkan melalui gigitan serangga yang menghisap darah seperti nyamuk dan kutu, terhadap lembu serta kerbau.
Penyakit itu menyebabkan lepuhan pada kulit, demam akut, cecair keluar daripada mata dan hidung, air liur meleleh, kesan seperti luka di seluruh badan serta kesukaran untuk makan bagi lembu.
Penularan wabak itu menyebabkan penternak lembu rugi kerana ia ia bukan saja boleh mengakibatkan kematian, sebaliknya turut menjejaskan pengeluaran susu termasuk membuatkan haiwan itu kurus serta mengurangkan kadar kelahiran.
LSD pertama kali dilaporkan dalam ternakan di Indonesia awal tahun lalu.
Pada masa sama, Watt berkata, Australia bebas daripada LSD dan eksport lembu ke Indonesia diteruskan dari fasiliti lain.
Australia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah penghantaran yang akan terjejas susulan keputusan Indonesia itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Veterinar Australia, Mark Schipp, berkata keputusan positif LSD dalam kalangan lembu yang tiba di Indonesia adalah tidak dijangka.
Data menunjukkan Indonesia adalah pasaran terbesar untuk eksport lembu hidup Australia, dengan menyumbang kira-kira kira-kira AUD$900 juta (RM2.7 bilion) atau
56 peratus daripada keseluruhan eksport pada 2021 dan 2022. BH
Amaran penyakit LSD pada lembu Australia
Baca Artikel Menarik:
- Resah dengan kritikan ahli, Takiyuddin arah hentikan segera komen isu dalaman parti
- Benarkah ‘perkahwinan’ PAS-BERSATU retak menanti belah?
- Detik terakhir Ustaz Dr. Soberi meninggal dunia semasa sampaikan kuliah Subuh [VIDEO]
- Tindakan terburu-buru BAM tamatkan kontrak Misbun dikritik
- Bintang Nik Abduh makin pudar dalam PAS – penganalisis
- Artis turun padang bantu kempen
- Sengaja singkirkan Nik Abduh, adik Nik Aziz seru rakyat Kelantan tolak Nik Amar
- “Terima kasih emak… sayang mak sangat-sangat” – al Fatihah… ibu Ubai meninggal dunia
- Cabaran debat ekonomi: Azmin tolak, Sanusi lari, Syahir jangan menyorok
- Lelaki tidak terima gaji curi mi segera
- Penjaga zoo nyaris dibaham aligator depan pengunjung [VIDEO]
- Bossku kenal siapa kawan mana lawan, Papagomo, Syed Imran jangan tunggang isu
- Kertas siasatan tak buka, barang kes mereput dalam stor’, PTG nak lindung siapa?
- Influencer selalu tunjuk kemewahan ditemui mati dengan badan dikerat-kerat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal
Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian