Langkah Muhyiddin berbelanja ubah suai Seri Perdana RM38.5 juta dijawab pegawainya

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad menafikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengubahsuaian Kompleks Seri Perdana di Putrajaya yang disifatkan sebagai satu pembaziran.

Beliau berkata, pembaikan berkenaan dilakukan adalah disebabkan masalah kebocoran di beberapa bahagian utama bangunan yang melibatkan kerosakan di bumbung, siling, dinding dan lantai.

“Saya diberitahu peralatan dapur juga tidak boleh digunakan di samping masalah pendawaian yang telah usang dan perlu diganti baharu.

“Sebelum ini, Seri Perdana telah diubah suai sebelum ini menyebabkan keadaannya yang asal telah berubah,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.

Pada Ahad, Anwar mendakwa Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri telah memberikan keutamaan kepada perkara yang salah.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, antara tindakan yang diambil oleh Muhyiddin adalah membaiki Kompleks Seri Perdana, walaupun kediaman rasmi Perdana Menteri itu didakwa masih dalam keadaan cantik.

Mengulas lanjut, ujar Marzuki, kebanyakan perabot dilaporkan tidak ada dalam kediaman tersebut, susulan permohonan bekas Perdana Menteri ke-enam, Datuk Seri Najib Razak mahu mengeluarkan sebahagian besar perkakas rumah yang dikatakan milik peribadi beliau.

Katanya, ia secara tidak langsung menyebabkan berlakunya kelemahan dalam sistem inventori yang menyebabkan pegawai tidak dapat memastikan sama ada perabot di Seri Perdana milik kerajaan atau Najib.

Pada masa sama, Marzuki mendakwa kediaman rasmi tersebut tidak sesuai untuk didiami selepas Najib bersara.

“Saya diberitahu Tun Mahathir pun tak pernah tinggal di situ. Ia seolah bangunan terbiar. Dari luar nampak cantik, tapi di dalamnya tak boleh diduduki.

“Oleh sebab itu, kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian terpaksa dilaksanakan untuk membolehkan ia diduduki dan mengembalikan Seri Perdana kepada keadaannya yang asal,” ujarnya.

Menurutnya, bangunan kalau tidak dibaiki, diduduki dan dibiarkan rosak begitu sahaja maka kerosakan akan bertambah teruk sehinggakan kos baik pulih berkemungkinan akan meningkat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker