Barcelona ‘ayamkan’ Real Madrid
ARLINGTON, Amerika Syarikat: Barcelona menewaskan Real Madrid 3-0 dalam aksi persahabatan di Texas, hasil jaringan Ousmane Dembele, Fermin Lopez dan Ferran Torres.
Ia keputusan mengecewakan buat skuad kendalian Carlo Ancelotti, yang mencipta banyak peluang tetapi lima kali dinafikan tiang gol.
Barcelona pula tampil lebih meyakinkan menerusi jentera serangannya yang lebih tajam memanfaatkan peluang di depan gawang.
Dalam aksi di Stadium AT&T itu, Real terlebih dulu mencipta peluang pada minit keempat menerusi Oriel Romeu, namun percubaannya terkena palang.
Barca sebaliknya membuka jaringan apabila sepakan percuma Pedri menemui Dembele sejurus selepas itu.
Real berpeluang menyamakan kedudukan lima minit kemudian apabila bola terkena tangan pemain Barcelona, Ronaldo Araujo, namun sepakan penalti Vinicius Junior juga terkena palang
Penjaga gol Barcelona, Marc-Andre ter Stegen turut beraksi cemerlang dengan menafikan sepakan percuma Rodrygo, sebelum rembatan Vinicius terkena palang dan tandukan susulan Jude Bellingham juga dinafikan tiang gol.
Pemain gantian, Lopez menambah jaringan ketika permainan berbaki lima minit selepas mendapat umpanan Sergi Roberto.
Vinicius sekali lagi menyaksikan palang gol menjadi penghalang dan Barcelona memastikan kemenangan dalam masa kecederaan menerusi Torres selepas mendapat umpanan daripada Lopez.
Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez mengakui keputusan perlawanan jauh lebih baik berbanding prestasi sebenar pasukannya.
“Keputusan mungkin berbeza, ia tidak menggambarkan situasi sebenar. Madrid juga mempunyai banyak peluang, jadi kami tidak boleh terlalu yakin.
“Ia keputusan yang bagus, tetapi tidak bermakna kami bermain dengan hebat. Masih banyak ruang untuk peningkatan. Ia perlawanan yang seimbang tetapi Madrid kurang bernasib baik.
“Saya rasa Madrid mempunyai skuad lebih besar berbanding kami. Di akhir permainan, mereka mengeluarkan ramai pemain dan mempunyai ramai pengganti di setiap posisi,” kata Xavi.
Ancelotti juga tidak mahu melihat keputusan itu sebagai penanda aras untuk persembahan pasukannya.
“Keputusan tidak penting. Memang kecewa apabila tewas, tetapi saya akan lihat aspek positif yang kami lakukan.
“Kami mempunyai banyak peluang tetapi tidak masuk. Lima (terkena tiang gol) dalam satu perlawanan amat jarang berlaku, saya tidak rasa ia pernah berlaku kepada saya. Tetapi lebih baik ia berlaku ketika pra-musim,” kata Ancelotti. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
You must be logged in to post a comment.