Ibu tak tahu Michelle Yeoh, Jean Todt kahwin

Ibu kepada Tan Sri Michelle Yeoh, Datin Janet Yeoh mengakui tidak dimaklumkan tentang majlis perkahwinan bintang Everything Everywhere All at Once itu dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Jean Todt.

Katanya, Michelle langsung tidak membuka mulut berhubung acara pernikahan yang berlangsung di Geneva, Switzerland kelmarin, ketika kali terakhir mereka berbual di telefon, dua minggu lalu.

Begitupun, wanita berusia 84 tahun itu melihat situasi terbabit dari sudut positif apabila menyifatkan anaknya lebih selesa tidak mendedahkan perkahwinan tersebut kerana ingin membuat kejutan.



Dia berharap pasangan itu dapat turun mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia.

“Anak saya memang akan sentiasa menghubungi saya tapi dia tidak beritahu pun (berkenaan perkahwinan) ketika kami bercakap dalam telefon dua minggu lalu.

“Mungkin dia sengaja nak berikan kejutan kepada saya,” katanya dalam wawancara bersama media berbahasa Cina tempatan, hari ini.

Menurut Janet lagi, dia menjadi individu paling gembira dengan perkahwinan tersebut, tambahan pula selama ini kerap meminta mereka segera bergelar suami isteri.



“Todt sudah banyak kali melamar dan dia hanya ketawa serta mengatakan seronok setiap kali dilamar. Todt memang terlalu cintakan Michelle,” kata Janet.

Semalam, perkongsian hantaran bekas pelumba Formula Satu (F1), Felipe Massa dalam Instagram mendedahkan mengenai majlis perkahwinan dua personaliti popular berkenaan.

Hanya dihadiri keluarga termasuk anak lelaki bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari itu, Nicholas serta rakan terdekat, ikatan tersebut memeterai penyatuan dua jiwa selepas hampir 20 tahun bertunang.

Mereka bertemu buat kali pertama pada 4 Jun 2004 di Shanghai Grand Prix, China sebelum bertunang sebulan kemudian pada 26 Julai 2004.



Michelle sebelum ini mencipta sejarah menjadi pelakon Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-95 pada Mac lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker