DUN Gombak Setia saksi pertandingan 3 penjuru
Kerusi Panas Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.17 Gombak Setia, Mohd Hasrulhisham Abdullah mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.52 pagi selepas proses penamaan di Dewan Mutiara Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, di sini, ditutup jam 10 pagi tadi.
“Selepas semakan dilakukan, kami berpuas hati dan tiada calon ditolak kertas penamaannya,” katanya.
Pada pilihan raya kali ini, BN mempertaruhkan Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin bertanding semula di DUN Gombak Setia bagi merampas kerusi berkenaan.
Megat Zulkarnain akan ditentang penyandang kerusi itu iaitu Muhammad Hilman Idham yang bertanding atas tiket PN dan calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.
Dalam PRU ke-14, kerusi DUN Gombak Setia disandang Muhammad Hilman (PKR) selepas menang dengan majoriti 12,399 undi sekali gus menewaskan Hasbullah Ridzwan (PAS) dan Megat Zulkarnain (BN).
Terdahulu, kehadiran Megat Zulkurnain ke pusat penamaan calon diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.
Perjalanan mereka ke pusat penamaan calon diarak oleh penyokong masing-masing yang berkumpul di Jambatan Sungai Chinchin seawal jam 5.30 pagi tadi.
Sementara itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim turut hadir mengiringi tiga calon parti itu ke pusat penamaan calon di DUN Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.
N.17 Gombak Setia (mengikut kertas undi)
1. Mohamed Salim Mohamed Ali (Bebas)
2. Muhammad Hilman Idham (PN)
3. Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN)
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun
You must be logged in to post a comment.