Dana besar PRN, Muhyiddin dakwa ini sumbangan rakyat

Pihak lawan tidak perlu mempertikai sumbangan yang diperoleh Perikatan Nasional (PN) untuk berkempen dalam enam pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menegaskan sumbang dana yang diterima gabungan itu bukan satu kesalahan.

“Akaun saya semua dibekukan dan ini semua (dana kempen) adalah wang rakyat untuk membantu Bersatu dan PN.

“Kenapa kita perlu mempersoalkan (sumbangan kepada PN) kerana saya tidak mempertikaikan berapa banyak pun (wang) yang mereka belanjakan,” katanya ketika ditemui di Dewan Mutiara Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak.

Presiden Bersatu itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sumber kewangan diperoleh PN bagi menghadapi PRN.

Muhyiddin hadir bagi memberi sokongan kepada tiga calon PN yang bertanding di Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

PN mempertaruhkan Mohamed Azmin Ali di kerusi DUN Hulu Kelang, Muhammad Hanif Jamaluddin di DUN Sungai Tua serta penyandang kerusi Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham bagi mempertahankan kerusi dimenanginya.

Sementara itu Muhyiddin membidas beberapa pengumuman bantuan tunai yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

“Tiba-tiba sekarang kamu ada duit. Tengok, inilah yang (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim lakukan sepanjang masa. Dia tabur janji demi janji ketika orang ramai menunggu, tetapi tiada apa yang diberikan.

“Tetapi tiba-tiba semua ini dilakukan dalam masa dua minggu,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker