Perlantikan Guan Eng dipertikai akar umbi, Loke pertahan keputusan kerana kenang jasa
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mempertahankan keputusan parti itu untuk tetap mencalonkan Lim Guan Eng bagi mempertahankan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang, dalam PRN kali ini.
Loke berkata pencalonan semula Lim untuk kerusi DUN terbabit dibuat berdasarkan sumbangan bekas ketua menteri itu sebelum ini, terutama ketika pengerusi DAP itu menjadi ketua menteri pada 2008 hingga 2018.
Menurut Loke, pencapaian itu membuktikan dia layak dan pengundi menghargai sumbangannya itu.
“Lim menjadi ketua menteri selama dua penggal selepas memainkan peranan penting dalam membantu parti (dan sekutunya) menawan Pulau Pinang pada PRU 2008.
“Banyak perubahan telah dibuat semasa pentadbiran dia dan saya pasti pengundi pada umumnya akan menghargai sumbangannya,” kata Loke kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MRT Corp dan MTR Corporation Hong Kong, hari ini.
Loke berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada pencalonan Lim sebagai calon dalam PRN kali ini akan menjejaskan peluang DAP.
Terdahulu, sejumlah pihak dalam DAP tidak berpuas hati selepas lima exco Pulau Pinang digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing dalam PRN kali ini, sementara Lim pula dikekalkan.
Mereka adalah P Ramasamy, Chong Eng, Phee Boon Poh, Soon Lip Chee dan Yeoh Soon Hin.
Dua hari lalu, Loke berkata keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk meremajakan DAP dan memberi peluang kepada muka baru untuk membawa nafas baru kepada parti itu, yang sudah tiga penggal mentadbir Pulau Pinang.
Hari ini, Ahli Jawatankuasa Pemuda DAP Pulau Pinang M Kogilan mempersoalkan pencalonan Lim yang menurutnya juga adalah “orang lama”.
Sementara itu, Loke menolak dakwaan P Ramasamy bahawa DAP kini tidak lagi sama dengan parti yang disertainya hampir dua dekad lalu.
“Kita adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan sekarang dan apa yang penting adalah untuk menyediakan kestabilan dan memastikan negara boleh maju.
“Parti tidak pernah mengubah matlamat dan objektifnya. Semua orang dalam parti, termasuk Adun dan ahli parlimen, bekerja keras ke arah itu,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk S bayar hutang aku – A. Aida (Video)
- Suami bersubahat bersama tukang urut lakukan seks luar tabii dengan isteri
- Syed Muhammad Imran orang kuat Hamzah Zainudin
- Azmin setuju debat dengan Rafizi tetapi bersyarat, takut ke?
- Individu disyaki seludup pekerja asing ke lombong REE direman 28 hari
- Sumpahan Jerunei menang 6 trofi di Itali, Perancis
- Keluarga Najib tetap sokong kerajaan perpaduan
- ‘Penyokong Bossku’ ambil kesempatan untuk kepentingan diri – Nazifuddin Najib
- Dominic Lau takut DAP – pemimpin PAS P Pinang
- Rafizi cabar Sanusi debat
- Dera isteri hingga mati, lelaki diburu polis
- Bisnes ‘wayang’ cuci duit
- Sanusi ‘play victim’, harap simpati
- Hadi sanggahi dakwah Nik Aziz
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim
“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup
Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun