Misbun dan BAM berpisah
Misbun dan BAM berpisah
Teka-teki mengenai status Datuk Misbun Sidek sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (BAM) terjawab apabila jawatankuasa khas ditubuhkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini memutuskan yang kedua-dua pihak bersetuju secara bersama untuk ‘berpisah’ berkuatkuasa 1 Ogos ini.
Timbalan Presiden BAM, Datuk V Subramaniam dalam satu sidang media hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa khas yang dipengerusikannya selain dibantu Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh
Subramaniam berkata, keputusan itu dipersetujui kedua-dua pihak meskipun kontrak Misbun masih berbaki lima bulan.
“Ia bukan persoalan samada berpuashati atau tidak. Kita ada banyak perbincangan dengan semua pemegang taruh sebelum ini. Menerusi perbincangan itu, kita temui kata putus… yang ada perkara perlu diubah untuk kebaikan.
“Datuk Misbun memahaminya dan dia juga begitu. Datuk Misbun sudah melakukan yang terbaik di sepanjang khidmatnya, memberikan yang terbaik kepada pemain namun keputusan tidak begitu baik. Mungkin kita perlu melihat daripada sudut lain seperti melihat program berbeza,” katanya. BH
Misbun dan BAM berpisah
Baca Artikel Menarik:
- Syukur dapat ‘muka baru’ lepas 13 tahun
- Yusuf Islam berduka pemergian Sinéad O’Connor
- Bebaskan Pulau Pinang dari Lim Guan Eng – Bekas ahli DAP
- Abang penggal kepala adik kerana nikah tanpa restu
- Guru Tuisyen Ratah Pelajar Sejak 9 Tahun Lalu, Cabul Hampir Setiap Hari Dari Usia 6 Tahun
- Dominic tetap bertanding di DUN Bayan Lepas walau diprotes PAS
- ‘Kami pernah susah, makan hanya berlaukkan keropok saja’
- Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
- e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa
- Usaha penyingkiran penyokong Kon Yeow – Ramasamy
- Pencuri ‘derma’ wang pada pemilik rumah kerana tiada barang berharga
- Guru dikunci di luar pagar kerana lambat datang sekolah
- Semua 10 EXCO Kedah dipanggil isu siasatan rasuah REE
- Sindiket rasuah: ‘Datuk’ ditahan, rampasan wang tunai RM38 juta, emas 200kg
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dato Malik bebas dengan jaminan