‘Messi’ cedera parah ditanduk lembu 467 kilogram

MADRID, Sepanyol – Seorang lelaki digelar sebagai ‘Messi of Matadors’ cedera parah dalam insiden melibatkan seekor lembu jantan seberat 467 kilogram  di sebuah stadium di Santiago, Sepanyol kelmarin, lapor portal berita MailOnline semalam.

Andres Roca Rey, 26, mengalami banyak kecederaan dan lebam pada badannya selepas ditanduk sebelum dibawa ke sebuah hospital.

Lembu jantan bernama Viruta itu menyerang, menyeretnya di padang stadium dan melambungkannya ke udara.



Mangsa luka pada lutut kirinya dan mengalami banyak kesan lebam pada leher, muka serta , paha kanan.

Matador itu menjalani lebih banyak ujian perubatan semalam.

Dalam satui rakaman video, pasangan matador itu, Cayetano Rivera dilihat menyerbu untuk membantu Roca Re.

Roca Rey kemudian menulis di laman instagram: “Cayetano, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda menunjukkan persahabatan untuk menyelamatkan saya.”



Matador itu adalah bintang terbesar dalam sukan lawan lembu, lapor akhbar The Telegraph.

Seperti bintang bola sepak Argentina. Lionel Messi, Roca Rey berpindah dari Amerika Selatan ke Sepanyol pada zaman kanak-kanak untuk memberi tumpuan kepada kerjaya tersebut. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norish Karman bibir tebal kerana botox?

Isteri nak buat kejutan



Dato Malik bebas dengan jaminan

Hari Asyura, kelebihan Puasa 9,10,11 Muharam



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker