‘Datuk Malik’ yang dikaikan dengan rampasan wang RM38 juta, 200 kg emas dan 17 kereta mewah yakin tidak bersalah

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corp, Abdul Malik Dasthigeer, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berkata dia yakin akan bebas daripada segala tuduhan.

Mengesahkan dia dipanggil dan direman, Abdul Malik berkata, dia memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan berjalan.

Katanya semua maklumat yang dimahukan SPRM juga diberikan.

“Pihak SPRM menjalankan siasatan mereka secara profesional.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya seorang ahli peniaga yang menjalankan perniagaan yang sah saja, maka saya yakin kebenaran akan dapat dibuktikan dan saya tidak didapati bersalah,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Abdul Malik – yang lebih dikenali sebagai Datuk Malik – ditahan bersama seorang lagi ahli perniagaan dan ahli politik yang rapat dengan Bersatu.

Dia pernah mengumumkan hasrat untuk bertanding di salah sebuah kerusi DUN di Negeri Sembilan pada pilihan raya negeri bulan depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki awal minggu ini berkata agensi antirasuah itu merampas wang tunai lebih RM38 juta, emas seberat lebih 200 kilogram bernilai lebih RM60 juta, serta 17 kereta mewah.

Barang-barang itu dipercayai terkait dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Kes itu disiasat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

Katanya, rampasan berkenaan adalah hasil operasi Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguat Kuasa Malaysia yang diketuai oleh SPRM.

Operasi pada Isnin itu melibatkan seramai 315 pegawai dan anggota daripada enam agensi serta dijalankan di 34 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker