Ekonomi Malaysia menuju pemulihan – Ahli Ekonomi

Ekonomi Malaysia menuju pemulihan – Ahli Ekonomi

Ahli Ekonomi Anthony Dass berpendapat ekonomi Malaysia semakin menuju ke arah pemulihan hasil daripada tadbir urus yang jelas, peningkatan keyakinan pengguna dan perniagaan domestik serta libat urus yang semakin bertambah baik bersama pelabur asing serta komuniti perniagaan tempatan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dass berkata selain itu, kos hidup dan kemudahan menjalankan perniagaan juga agak bertambah baik sedikit.



Antaranya, beliau berkata kadar pengangguran yang susut kepada 3.5 peratus pada Mei 2023 daripada kemuncak 5.3 peratus pada Mei 2020, asas perbelanjaan yang meningkat kepada RM141.80 (dalam talian setiap RM100 asas) pada Mei 2023 berbanding RM77.50 pada April 2020 dan peningkatan pinjaman bagi perniagaan kepada 113.0 mata (asas 100) pada Mei 2023, berbanding 101.6 mata pada Disember 2020.

Selain itu, ketersediaan pinjaman perniagaan pada Mei 2023 berada pada 113 mata (asas 100 mata pada Januari 2020) berbanding 101.6 mata yang dicatatkan pada Disember 2020, katanya.

Menurutnya, ringgit juga mengukuh berbanding dolar AS ke paras semasa sekitar 4.55 dan kira-kira 4.24 pada akhir Januari 2023 berbanding paras antara 4.67 dan 4.78 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 yang diadakan pada 19 November 2022.

“Sekarang, isu pekerja asing juga sudah semakin baik,” kata Dass ketika diminta mengulas mengenai prospek ekonomi Malaysia selepas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) 2023 kepada tiga peratus pada Selasa.



IMF dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebenar global sebanyak tiga peratus pada 2023, meningkat 0.2 mata peratusan daripada unjurannya pada April, namun mengekalkan prospek bagi 2024 tidak berubah, juga pada tiga peratus.

Pemberi pinjaman global itu juga berkata ia masih mengekalkan pendiriannya bahawa keadaan mudah tunai global yang terhad berikutan beberapa siri kenaikan kadar faedah oleh bank-bank pusat utama, akan menjejaskan pertumbuhan.

Pemberi pinjaman global itu juga berkata ia masih mengekalkan pendiriannya bahawa keadaan mudah tunai global yang ketat, berikutan beberapa siri kenaikan kadar faedah oleh bank pusat utama, akan menjejaskan pertumbuhan.

“Ini dianggap positif bagi KDNK Malaysia. Buat masa sekarang, kami tidak mengubah sebarang unjuran KDNK bagi Malaysia sehingga pelan rangsangan China dapat dilihat dengan lebih jelas lagi.



“Makanan, bahan (komoditi seperti minyak sawit serta getah) dan, sudah tentu, sektor minyak sewajarnya menjadi senarai penerima manfaat terbesar (apabila ekonomi China bertambah baik),” tambahnya.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan bahawa Malaysia masih belum lagi pulih.

Beliau berpendapat jangkaan pemulihan bertahap dalam ekonomi utama boleh menyuntik sedikit keyakinan bahawa negara kita juga bakal melalui laluan yang sama.

“Namun begitu, risiko terhadap inflasi masih tinggi disebabkan kemungkinan ketegangan di Ukraine dan keadaan cuaca yang tidak menentu yang boleh memberi tekanan ke atas harga, terutamanya makanan.



“Ini, seterusnya, boleh menyebabkan bank-bank pusat terus mengetatkan lagi monetari mereka,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata pertumbuhan global yang lebih perlahan akan memberi kesan terhadap perdagangan antarabangsa Malaysia.

“Pada hemat saya, ekonomi kita akan berkembang perlahan pada separuh kedua 2023 disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih lemah.

“Sehubungan itu, tanggungjawab kini adalah permintaan domestik mencapai pertumbuhan 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada 2023,” katanya.



Oleh itu, memastikan pendirian dasar monetari yang akomodatif adalah penting untuk menyokong ekonomi, dan ini akan menjadi keutamaan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman tidak berubah pada 3.00 peratus tahun ini, tambahnya.

Dalam kenyataan yang berasingan, MIDF Research berkata Indeks Pelopor (IP) Malaysia mencatatkan penurunan paling perlahan dalam tiga bulan pada 1.1 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada Mei 2023 berbanding penyusutan pada April 2023 sebanyak 2.7 peratus tahun ke tahun.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, ia berkata sebagai penunjuk utama, penurunan berterusan dalam IP menandakan prospek pertumbuhan yang lebih sederhana pada separuh kedua 2023 berdasarkan kebimbangan terhadap lanjutan daripada kelembapan pertumbuhan luaran bagi keseluruhan tahun ini.

Walaupun begitu, keadaan ekonomi kekal berkembang, dengan Indeks Serentak (IS) mencatatkan peningkatan tahunan yang lebih pantas pada 3.1 peratus tahun ke tahun (April 2023: 2.2 peratus tahun ke tahun) kerana semua komponen mencatatkan prestasi yang baik.



“Bagaimanapun, IS yang bertambah baik membayangkan pertumbuhan positif akan kekal pada suku kedua 2023.

“Kami dengan itu mengulangi unjuran bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada 4.2 peratus tahun ini (2022: 8.7 peratus), disokong oleh permintaan domestik yang semakin meningkat,” kata firma penyelidikan itu. BH

Ekonomi Malaysia menuju pemulihan – Ahli Ekonomi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker