Saifuddin pertahan kenyataan terhadap Sanusi
Saifuddin pertahan kenyataan terhadap Sanusi
Peguam mewakili Saifuddin Nasution Ismail berkata, anak guamnya mempertahankan kenyataan terhadap Menteri Besar Kedah Sanusi Nor berkait dakwaan kecurian unsur nadir bumi dan salah guna dana persekutuan diperuntuk bagi selenggara jalan.
Firma Nav & Co menafikan kenyataan Saifuddin yang dibuat pada ceramah 15 Julai itu bersifat memfitnah.
“Anak guam kami tidak berniat untuk membicarakan perkara ini menerusi surat menyurat. Kami diarahkan menerima penyampaian proses undang-undang,” kata peguam Navpreet Singh.
Minggu lepas, Sanusi berkata, beliau akan menyaman Saifuddin, yang juga menteri dalam negeri, kerana mengaitkannya dengan dakwaan kecurian dan salah guna dana,
Dakwaan itu tidak benar dan berniat jahat, katanya.
Sanusi berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya membuat laporan polis dan memulakan tindakan perundangan.
Katanya, wang berjumlah RM259 juta berada dalam simpanan tetap kerajaan negeri dan dilaporkan dalam penyata kewangan serta diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
Peguam mewakili Sanusi daripada firma Tengku Amalin & Fauzi menuntut Saifuddin mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh seminggu bermula 20 Julai.
Mereka juga berkata, Sanusi akan memulakan tindakan undang-undang jika Saifuddin gagal mematuhi tuntutan.
Dalam ceramah pada 15 Julai, Saifuddin menggesa Sanusi mengesahkan sama ada beliau sebagai pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI), dikenakan denda RM500,000 berhubung dakwaan kecurian nadir bumi di Sik, Kedah.
Menurut laporan Berita Harian, Saifuddin dipetik sebagai berkata: “Kita lantik menteri besar untuk urus negeri, bukan jadi pencuri.”
FMT
Saifuddin pertahan kenyataan terhadap Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- Satees serang ‘maharaja’ DAP
- Umno antara parti Melayu terbaik – Khalid Samad
- Isteri kata nak ke tempat sangat jauh
- Ayah saya paling popular – Bell Ngasri
- Ingat Saya Playgirl Ke? – Ruhainies Bengang Dituduh Main Kayu Tiga
- Ulang-Alik 300km Sebab Nak Rogol Remaja 14 Tahun
- Mengapa Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN? – Dapsy Pulau Pinang
- Jocelyn Chia dibuang keluarga
- Maksud “bandung” dalam mee bandung dan “belanda” dalam durian belanda
- Penonton hampir pecah muka, banyak persoalan perlu jawapan
- Kenyataan CEO MBI mengelirukan
- Mahdzir bidas Sanusi tak tahu operasi MBI
- KJ cadang Baby Shima bertanding di Kelantan
- Jangan buat cerita lepas polis ambil tindakan – Ayob Khan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil