Presiden Gerakan dilabel penakut, bacul oleh pemimpin PAS Pulau Pinang
Presiden Gerakan dilabel penakut, bacul oleh pemimpin PAS Pulau Pinang
Seorang pemimpin PAS Pulau Pinang menganggap Presiden Gerakan Dominic Lau sebagai “penakut” dan “bacul” kerana dilihat mengelak daripada bertembung dengan DAP dalam pilihan raya negeri bulan depan.
Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihan Raya PAS Pulau Pinang Anas Soffy Abd Wahid berkata parti itu bukan saja membantah penyertaan Lau untuk menjadi calon PN di mana-mana kerusi majoriti Melayu di negeri berkenaan.
Bercakap kepada media semasa melakukan bantahan awal di Bayan Lepas petang ini, Anas Soffy berkata daripada 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Pulau Pinang, hanya 15 saja kawasan yang bermajoriti Melayu.
“Mengapa dia (Lau) nak ambil tempat yang sikit ini?
“Sepatutnya sebagai seorang tokoh heavyweight, dia patut bertanding dengan (mencabar) calon heavyweigh seperti Chow Kon Yeow atau Lim Guan Eng.
“Mengapa dia nak ‘melangkau’ ni?” katanya.
Tambah Anas Soffy sebagai seorang pemimpin Lau patut menunjukkan teladan kepada ahli Gerakan bahawa dia seorang pemberani dan bertanding menentang calon DAP.
Hanya dengan cara itu, katanya, ahli Gerakan bersemangat untuk berdepan dengan DAP Pulau Pinang.
“Ini dia penakut… macam mana jadi leader (pemimpin) ni? Adakah leader seorang penakut?” katanya.
Lau sudah menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam PRN pada 12 Ogos depan dan membayangkan akan turun sebagai calon di salah sebuah DUN di Pulau Pinang.
Bagaimanapun dia belum mendedahkan kerusi yang disasarkan.
Jangan bermain dengan ‘api’
Semalam Pemuda PAS Tasek Gelugor sudah memberi amaran kepada Lau agar tidak bertanding di situ atau dia akan berdepan dengan protes daripada parti terbabit.
PN dijangka mengumumkan nama-nama calon mereka untuk Pulau Pinang pada malam ini dan nama Lau disebut-sebut akan diletakkan di Bayan Lepas.
Bayan Lepas adalah satu daripada tiga DUN di bawah kawasan parlimen Balik Pulau. Dua yang lain ialah Pulau Betong dan Teluk Bahang.
Ketiga-tiga kerusi DUN tersebut merupakan kawasan majoriti Melayu yang membentuk sekurang-kurangnya 65 peratus keseluruhan pengundi. Mk
Presiden Gerakan dilabel penakut, bacul oleh pemimpin PAS Pulau Pinang
Baca Artikel Menarik:
- Satees serang ‘maharaja’ DAP
- Umno antara parti Melayu terbaik – Khalid Samad
- Isteri kata nak ke tempat sangat jauh
- Ayah saya paling popular – Bell Ngasri
- Ingat Saya Playgirl Ke? – Ruhainies Bengang Dituduh Main Kayu Tiga
- Ulang-Alik 300km Sebab Nak Rogol Remaja 14 Tahun
- Mengapa Guan Eng tidak digugurkan sebagai calon PRN? – Dapsy Pulau Pinang
- Jocelyn Chia dibuang keluarga
- Maksud “bandung” dalam mee bandung dan “belanda” dalam durian belanda
- Penonton hampir pecah muka, banyak persoalan perlu jawapan
- Kenyataan CEO MBI mengelirukan
- Mahdzir bidas Sanusi tak tahu operasi MBI
- KJ cadang Baby Shima bertanding di Kelantan
- Jangan buat cerita lepas polis ambil tindakan – Ayob Khan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil