Bayi maut tersedak susu

Bayi maut tersedak susu

MELAKA: Seorang bayi perempuan 11 bulan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuhnya di Rumah Awam Ayer Molek, di sini, semalam.

Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidah, 35, berkata dia dihubungi pengasuh sekitar jam 11 pagi memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri dengan badan kebiru-biruan.

Menurutnya, anaknya itu dijaga pengasuh sejak berusia empat bulan.

“Saya hantar anak ke rumah pengasuh kira-kira 7.30 pagi sebelum pergi bekerja di Sungai Udang, manakala suami kerja di Pulau Gadong.

“Sekitar jam 11 pagi pagi pengasuh telefon beritahu anak saya tidak sedarkan diri dan tubuhnya sudah kebiru-biruan mungkin sebab tersedak susu.

“Saya memintanya segera bawa anak ke klinik berhampiran sementara saya bergegas ke sana,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di Kampung Titian Bintangor, Alor Gajah, malam tadi.

Zaidah yang tinggal di Taman Desa Ayer Molek berkata, setakat ini pihak hospital belum mengesahkan punca kematian anaknya kerana perlu menunggu laporan lengkap bedah siasat.

Terdahulu, jenazah anaknya dikebumikan di tanah perkuburan kampung berkenaan kira-kira jam 10.30 malam dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat. BH

Bayi maut tersedak susu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker