Penonton Islam di Good Vibes Festival dinasihati mohon keampunan Allah

Penonton Islam di Good Vibes Festival dinasihati mohon keampunan Allah

Umat Islam yang sudah menonton konsert Good Vibes Festival 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor, dinasihati supaya memohon keampunan daripada Allah SWT.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor Wan Salim berkata, ia sebagai menzahirkan perasaan kesal walaupun mereka tidak dikira melakukan dosa kerana tidak menjangka tindakan itu akan dilakukan di hadapan mereka.



Ia susulan tindakan biadap vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang menunjukkan perlakuan kurang sopan dalam konsert berkenaan, baru-baru ini.

Beliau berkata, agama Islam sama sekali tidak menentang hiburan termasuk konsert muzik, drama, filem dan seumpamanya.

Namun katanya, yang ditentang dan dilarang oleh Islam adalah hiburan dan semua aktiviti seni yang boleh merosakkan fikiran serta kelakuan penonton atau peminat.

“Kelakuan tidak sopan yang dipamerkan vokalis kumpulan The 1975 serta kritikannya terhadap undang-undang Malaysia menerusi konsert itu, jelas menunjukkan kumpulan ini berniat serong terhadap Malaysia dan rakyat yang masih mendokong serta menghormati nilai akhlak murni,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Wan Salim berkata, tidak wajar bagi sebuah negara yang ingin membangun dengan generasi penerus yang dinamik dan progresif, membawa masuk budaya luar sehingga merosakkan nilai moral yang amat diperlukan bagi pembangunan dan kemajuan.

“Penganjur festival juga sudah membuat akujanji akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap konsert berkenaan maka Kementerian Komunikasi dan Digital berhak membatalkannya dan tidak boleh dipersalahkan,” katanya. HM

Penonton Islam di Good Vibes Festival dinasihati mohon keampunan Allah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35



Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker