MB Selangor ‘confirm’ milik Umno jika bersama PN

Bekas pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyindir kepimpinan parti kerana hanya bertanding di 12 kerusi pada pilihan raya negeri Selangor pada 12 Ogos ini.

Berucap pada majlis Perikatan Nasional (PN) di Tanjong Karang, malam tadi, dia berkata Umno akan mendapat jumlah kerusi yang lebih besar jika mereka tidak bersama dengan Pakatan Harapan.

“PN bagus. Kalau kita(PN dan Umno) dah bahagi kerusi, sekurang-kurangnya Umno bertanding kurang-kurang 20 (kerusi) dan kemudian beberapa untuk Bersatu dan PAS.

“Kalau menang, yang jadi MB confirm Umno sebab kita 20 kerusi.

“Tapi sedih sekali, hari ini Umno melukut tepi gantang, hanya dapat tanding 12 kerusi.

“Umno bukan lagi payung tempat orang Melayu berteduh, dah dibocorkan (oleh) Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi,” katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya PN di Sungai Burong dan Permatang.

Noh merujuk kepada agihan kerusi di Selangor antara Umno dan sekutunya PH, yang menyaksikan parti itu diperuntukkan dengan 12 kerusi untuk bertanding pada pilihan raya negeri manakala PH mendapat 44 kerusi.

Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai sejumlah 56 kerusi.

Noh dipecat daripada Umno pada Januari berikutan perselisihan dengan Ahmad Zahid, dan sejak itu, dia menyertai PN.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut menegur kepimpinan Umno kerana menyerahkan kerusi Hulu Bernam di Selangor kepada PH.

Menurut Noh, Hulu Bernam adalah kubu kuat Umno dan parti itu tidak pernah tewas di situ.

Dia seterusnya menyalahkan Zahid atas keputusan itu.

“Kalau Umno ni kapal, nakhoda sendiri yg nak karamkan kapal. Bawa Umno tumpang kapal PH. PH  la karamkan kapal Umno.

“Dalam Hulu Selangor, tak pernah kita kalahlah di (DUN) Hulu Bernam. Tiba-tiba dia boleh bagi kepada PH.

“Eh, mana maruah Umno. Satu kerusi di Dusun Tua kerusi DAP bagi pada BN, tengok Setiausaha Agung DAP Anthony Loke segera mengadu.

“Kenapa Umno berdiam?” soalnya.

Umno pernah bekerjasama dengan PAS di bawah gabungan Muafakat Nasional, sebelum parti itu menjemput Bersatu untuk menyertai mereka.

Umno kemudiannya meninggalkan kerjasama dengan PAS dan Bersatu, yang kemudiannya membentuk PN, menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Bagaimanapun, berikutan prestasi buruknya pada pilihan raya umum lalu, Umno dan sekutunya dalam BN bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan PH di bawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker