Malaysia catat pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk suku pertama tahun ini – Anwar

Malaysia catat pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk suku pertama tahun ini – Anwar

MACHANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk suku pertama tahun ini berbanding dua negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia termasuk China.

Beliau berkata, perkembangan itu hasil kestabilan Kerajaan Perpaduan yang sedang mentadbir negara ketika ini.

“Nilai pelaburan ketika ini berjumlah RM71 bilion. Tiga hari lalu sebuah syarikat automobil terbesar dunia tulis surat kepada saya sepuluh halaman memberitahu tahu mahu melabur di Malaysia.

“Jumlah pelaburan itu antara RM10 bilion hingga RM40 bilion di Tanjung Malim,” katanya semasa berucap pada Majlis Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera pilihan raya negeri (PRN) BN dan PH peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu di sini malam tadi.

Hadir sama Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar memberitahu, selain itu manusia terkaya di dunia Elon Musk sedia membuka pejabatnya di Cyberjaya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Cyberjaya menjadi lokasi pilihan untuk Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk berpangkalan dan membina sebuah ibu pejabatnya. Utusan

Malaysia catat pertumbuhan ekonomi paling tinggi untuk suku pertama tahun ini – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker