Jenazah Allahyarham Salahuddin dibawa pulang dengan pesawat khas

 

SEREMBAN – Satu pesawat khas akan diterbangkan ke Alor Setar, Kedah bagi membawa pulang jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub ke Johor Bahru, Johor, sebelum disemadikan di kampung halamannya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah mengatur penerbangan khas menggunakan pesawat MAS bagi membawa jenazah Allahyarham dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Saya telah menerima khabar duka ini kira-kira satu jam lalu daripada pegawainya dan saya telah aturkan untuk penerbangan khas membawa jenazah dari Alor Setar ke Johor Bahru.

“Pesawat MAS akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 11 malam ini dan dijangka tiba di Alor Setar pada pukul 1 pagi sebelum pesawat akan terus bergerak ke Johor bahru,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, di sini malam tadi.

Siew Fook yang juga Setiausaha Agong DAP berkata, berita pemergiannya memberi kesan kepada kepada kepimpinan PH kerana Allahyarham disifatkan sebagai seorang pemimpin yang amat disayangi dan mempunyai prinsip perjuangan yang disegani.

“Beliau seorang pejuang dan pemimpin PH yang sangat disanjungi dan disayangi atas prinsip perjuangan yang tak pernah tinggalkan rakan dalam parti.

“Beliau juga telah melaksanakan tugas dengan cukup baik selain banyak inisiatif dilakukan bagi membantu rakyat contohnya seperti Menu Rahmah,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker