Hamzah dakwa polis lapor kepadanya PN mendahului di Selangor
Ketua pembangkang yang juga bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin mendakwa dia masih menerima maklumat berkenaan PRN akan datang daripada “sahabat-sahabatnya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)”.
Bercakap dalam ceramah PN di Tanjong Karang, Selangor malam tadi, Hamzah mendakwa mereka memberitahunya yang PN sebenarnya mendahului di Selangor.
Ia berbeza dengan dakwaan menteri besar sementara Amirudin Shari bahawa PH yang menikmati tahap sokongan yang lebih tinggi, katanya.
“Hari ini saya dengar Amirudin kata mereka (PH) yakin dan masih mendahului. Itu kata Amirudin.
“Saya bekas menteri dalam negeri. Masih ramai sahabat-sahabat saya dalam PDRM.
“Mereka beritahu saya yang apa yang Amirudin kata itu bukan laporan dari mereka. Laporan yang sebenar, seperti Datuk Yunus Hairi kata tadi, adalah PN masih mendahului di Selangor dan insya-Allah akan menang dalam PRN nanti,” katanya ketika pelancaran jentera PN bagi DUN Permatang dan Sungai Burong.
Yunus adalah ketua pesuruhjaya Selangor. Dia juga ahli parlimen Kuala Langat dan penyandang DUN Sijangkang.
Malaysiakini telah menghubungi Bukit Aman dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengulas dakwaan Hamzah.
Hamzah menjadi menteri dalam negeri pada Mac 2020 sehingga Oktober 2022, selepas Dewan Rakyat dibubarkan bagi memberi laluan untuk PRU15 diadakan.
Hamzah yang juga ahli parlimen Larut turut mendakwa itulah sebabnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mula risau akan tewas dengan PN.
“Hari tu angkuhnya perdana menteri, pergi merata (dan) balun (PN).
“Semalam dah lain bunyinya. Dah rasa nak kalah, baru nak merayu (sokongan),” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah
- Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
- Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
- Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital
- Isteri Bell Ngasri dedah sisi lain Barkoba di rumah
- Mohd Amar dakwa staf ke tandas
- REE: ‘Kehilangan’ 2 warga China jadi tanda tanya
- Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya
- Punca pendarahan otak
- Pengumuman calon PRN panas, cetus konflik dalaman parti
- Anwar beri amaran ‘bekas pemimpin negara’ pulangkan wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat
- Annuar Musa disaman!
- Fasha Sandha Makin Seksi Selepas Kurus [VIDEO]
- Music Malaysia sokong penuh tindakan tegas kerajaan haramkan kumpulan The 1975
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35
You must be logged in to post a comment.