Salahuddin Ayub.. “Berehatlah, sahabatku.. – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia amat terkesan dengan pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salahuddin Ayub hari, menyifatkan allahyarham sebagai “seorang sahabat yang setia.”

“Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi.

“Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.



“Berehatlah, sahabatku.

“Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah,” kata perdana menteri pada maklum balas segera di media sosial.

Terdahulu, anak kepada allahyarham timbalan presiden Amanah itu, Fatihah Salahuddin mengumumkan bapanya telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata jasa Allahyarham Salahuddin sangat besar.



“Beliau yang mencetuskan konsep Payung Rahmah, Menu Rahmah, Jualan Rahmah dan banyak lagi – untuk membantu mengurangkan beban rakyat.

“Dalam politik, saya akan sentiasa kenang saat-saat indah, perit, senang dan susah terutama dalam Majlis Pimpinan Pakatan Harapan.

“You will be missed, dear friend (Sahabat, kamu akan sentiasa dirindui).

“Semoga segala usaha, jasa dan bakti Allahyarham dibalas dengan ganjaran pahala yang besar,” katanya pada siri ciapan di Twitter.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik



Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker