BN dan PH bertukar kerusi tradisi
Di SELANGOR, PH menyerahkan kerusi DUSUN TUA dan GOMBAK SETIA yang dimenangi pada 2018 kepada BN.
Dusun Tua dimenangi Edry Faizal Eddy Yusof dari DAP, manakala Gombak Setia dimenangi oleh Hilman Idham, yang berpaling tadah daripada PKR pada 2020.
Persaingan di GOMBAK SETIA dijangka sengit dengan BN Selangor meletakkan ketuanya Megat Zulkarnain Omardin bagi menentang Hilman, yang dijangka akan mempertahankan kerusinya bagi pihak Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Megat, Johan Abdul Aziz dinamakan sebagai calon BN di Dusun Tua.
BN Selangor akan menyerahkan kerusi HULU BERNAM kepada PH. Penyandangnya ialah Rosni Sohar, yang telah menyandang kerusi itu selama dua penggal.
Hanya dua daripada empat penyandang Adun BN di Selangor akan mempertahankan kerusi mereka – Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) dan Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang).
Walaupun dilobi untuk bertanding mewakili BN di Kota Raja, ketua bahagiannya, Tengku Zafrul Abdul Aziz tidak tersenarai sebagai calon.
Di PULAU PINANG, BN hanya meletakkan enam calon. Kejutan besar di negeri ini apabila PKR menyerahkan kerusi DUN SUNGAI ACHEH kepada BN.
Kerusi itu pernah menjadi kubu kuat Umno sebelum jatuh kepada PKR pada 2018. Penyandang Adun Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim menyertai Bersatu pada 2020.
BN Pulau Pinang juga meletakkan Ahli Parlimen Kepala Batas selama tiga penggal, Reezal Merican Naina Merican untuk bertanding di kerusi DUN Bertam.
Timbalan pengerusi BN negeri, Shaikh Hussein Mydin pula akan mencuba nasib di Sungai Dua.
Di KEDAH, BN akan meletakkan 15 calon, bermakna baki 21 calon lagi adalah daripada PH.
BN akan mempertahankan tiga kerusi dan meletakkan 12 calon untuk kerusi yang sama ada dimenangi Bersatu atau PAS pada 2018.
Pengerusi BN Kedah Mahdzir Khalid dicalonkan di PEDU, kerusi yang dimenanginya dua kali pada 2004 dan 2008. Mahdzir adalah menteri besar Kedah dari 2005 hingga 2008.
Ketua BN Bahagian Sik, Muhammad Khizri Abu Kassim akan berdepan dengan Ketua PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di JENERI.
Di NEGERI SEMBILAN, BN mengumumkan 17 calon. Ini bermakna PH akan meletakkan seramai 19 calon.
PH akan menyerahkan kerusi LENGGENG yang dimenangi oleh Suhaimi Kassim dari Amanah pada 2018 manakala BN tidak perlu menyerahkan mana-mana kerusi di mana mereka adalah penyandangnya.
BN juga akan mempertaruhkan ahli Umno di kerusi Jeram Padang, kerusi yang disandang parti komponen BN, MIC selama empat penggal sejak 2004.
MIC dan MCA telah memutuskan untuk tidak menyertai pilihan raya ini.
Dua nama besar dalam senarai calon BN ialah Pengerusi BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias (Pertang) dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan (Rantau). Mereka juga merupakan ahli parlimen Jelebu dan Rembau.
BN juga mempertaruhkan Muhammad Najib Mohd Isa untuk kerusi Bagan Pinang, yang pernah disandang oleh bapanya yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Samad.
Di TERENGGANU, BN mempertaruhkan seramai 27 calon. Ini bermaksud PH hanya akan meletakkan lima calon untuk bertanding dalam PRN kali ini.
Mendahului senarai itu ialah Pengerusi BN Terengganu, Ahmad Said, 66, yang akan bertanding di DUN Kijal – kerusi yang dimenanginya selama enam penggal.
BN Terengganu akan mempertahankan kesemua sepuluh kerusi yang disandangnya.
Di KELANTAN, BN menamakan seramai 31 calon, manakala selebihnya iaitu 14 kerusi akan ditandingi PH.
Bagaimanapun, Kelantan adalah satu-satunya negeri di mana pengerusi atau timbalan pengerusi Umno negeri tidak akan diletakkan sebagai calon.
Calon paling menonjol ialah Akbar Salim, iaitu setiausaha Umno Kelantan, yang akan bertanding di DUN Apam Putra.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
- Agong kurnia darjah kebesaran pada Anne Ngasri
- Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman
- Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)
- Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam
- Penduduk terkejut temui ‘ikan zakar’
- Baju Barbie Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen
- Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi
- Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula
- ‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan
- Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar – Mahathir
- Skandal Isteri Bunuh Suami
- Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah
- Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna
Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau
You must be logged in to post a comment.