Barkoba menang Artis Komedi Popular ABPBH 35

KUALA LUMPUR: Calon ‘favourite’ Bell Ngasri menepati ramalan apabila mengungguli kategori Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Bell yang mula berlakon seni sejak 1986 menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan juga Syahmi Sazli.

Sejak undian Top 5 bermula, pencalonan Bell, 43, dalam kategori Artis Komedi Popular mencetuskan fenomena. Netizen melancarkan kempen alam maya meminta agar pelakon ‘senior’ serba boleh itu diangkat sebagai pemenang pada ABPBH 35.

Antara yang menarik perhatian adalah sokongan daripada Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung yang hangat diperkatakan dalam laman sosial .

“Selepas 37 tahun saya tunggu nak dapat perkataan ‘popular’, akhirnya (hari ini saya) dapat. Tetapi, saya tak nak menangis. Kalau nak menangis, dari berjalan di karpet merah tadi saya sudah menangis.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penganjur, BH. Berkat undian dan berkat doa seluruh rakyat Malaysia, saya sendiri tak percaya dalam dewan penuh dengan peminat Anna Jobling dan Meerqeen, tetapi Alhamdulillah, semua boleh ucap yak yak yeay!

“Dapatlah satu anugerah yang ada perkataan popular yang tidak pernah saya impikan. Saya pernah dapat trofi Aktor Pembantu Lelaki Terbaik, tetapi anugerah dari segi populariti, ini yang pertama saya bersyukur. Terima kasih semua yang mengundi.

“Tak lupa juga pencipta watak Barkoba Allahyarham Mamat Khalid, saya tak pernah saya lupakan jasanya.”Arwah sentiasa dalam doa saya. Yak Yak Yeay!,” katanya.

Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri, popular menerusi watak Barkoba yang juga geng plastik hitam dalam telefilem ’16 Puasa’, ’17 Puasa’ dan ’18 Puasa’ arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Bell yang popular dengan frasa ‘yak yak yeay’ sebelum ini tidak pernah bolos dalam senarai Top 5 ABPBH.

Bell yang memulakan kerjaya seni sejak usia enam tahun dilahirkan dalam keluarga seni. Abangnya, Naszeli Ngasri dan dua adiknya, Darling serta Anne turut aktif sebagai pelakon.

Selepas membina nama sebagai pelakon filem menerusi filem ‘Cinta Kita’ pada 1995, Bell melebarkan kerjaya sebagai pelawak pada 2007 apabila syarikat produksi mula memberi kepercayaan kepadanya menjayakan watak komedi.

Selain itu, antara filem pernah dibintanginya adalah ‘Kampung Latah The Mummy’, ‘Kampong Pisang Berbuah Dua Kali’, ‘Bulan dan Pria Terhebat’, ‘Hero: Jangan Bikin Panas’, ‘Tanda Putera’, ‘1957: Hati Malaya’, ‘Puteri Impian’ dan banyak lagi.

Bell pernah meraih kejayaan sebagai Aktor Pembantu Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 1998 menerusi telefilem menyentuh hati berjudul ‘Pa’e’ yang dibintangi Shaheizy Sam dan Harun Hashim.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker