Malaysia kutuk negara bantah resolusi tangani kebencian agama

Malaysia kutuk negara bantah resolusi tangani kebencian agama

Malaysia memuji tindakan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan resolusi menangani kebencian agama susulan insiden membakar Al-Quran yang berlaku di Sweden, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bagaimanapun amat malang apabila ada antara negara anggota yang tidak bersetuju kononnya atas hak kebebasan bersuara walaupun langkah progresif ini diambil bagi menentang Islamofobia.



Kata beliau, penggunaan kebebasan bersuara yang memalukan sebagai perisai, menyebabkan ia terdedah kepada pencabulan dalam membenarkan kebencian dan kekejaman daripada menentang kezaliman.

“Api kebencian menyembunyikan perbuatan keji mereka di sebalik topeng kebebasan bersuara seperti yang ditunjukkan oleh negara anggota yang tidak bersetuju.

“Sama seperti kita menolak keterlaluan totalitarianisme, tanggapan ekstremis tentang kebebasan adalah sama-sama merugikan masyarakat, yang boleh membawa kepada pelanggaran terhadap keselamatan dan hak orang lain untuk hidup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Resolusi itu turut mengandungi gesaan semua negara untuk menguatkuasakan undang-undang bagi menangani, mencegah dan mendakwa sebarang tindakan serta sokongan yang mendorong kebencian agama, sekali gus mencetuskan diskriminasi dan keganasan.



Resolusi berkenaan diusulkan oleh Pakistan yang mewakili Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dengan 28 daripada 47 negara anggota UNHRC mengundi menyokong draf resolusi berkenaan, termasuk Malaysia, China, Ukraine dan sebahagian besar negara Afrika.

Bimbang mengenai hak kebebasan bersuara, beberapa negara barat daripada 47 negara anggota dalam majlis itu enggan mengundi dan mahu meneliti semua gesaan, langkah yang diminta bagi mencapai jalan penyelesaian terbaik.

Sejumlah negara kesatuan eropah (EU), Amerika Syarikat dan Britain pula menentang resolusi terbabit.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan, Islamophobia adalah racun yang mengancam negara-negara Barat sama seperti ia mengancam umat Islam di mana-mana negara yang mereka tinggal.



Katanya, semua masyarakat tidak boleh menyelesaikan isu ini dengan membakar dan mencemarkan kitab masing-masing, tetapi perlu dibaca dan terlibat menerusi dialog.

Walaupun UNHRC berani menentang kebencian ini, Anwar berharap golongan penentang itu dapat menggunakan kuasa mereka dengan memastikan segala tindakan dan kata-kata tidak menjerumuskan kepada keburukan dan ketidakadilan terhadap rakyat dan hak mereka yang dipertahankan.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Sweden kerana mengambil pendirian tegas menentang Islamofobia dan menunggu hasil siasatan polis Sweden dalam menterjemahkan pendirian ini.

“Kemudaratan dan kesakitan yang disebabkan oleh perbuatan segelintir orang hanya boleh diimbangi oleh kita yang lain untuk berdiri bersama dan memilih untuk saling menghormati menunjukkan belas kasihan dan mencari persefahaman,” katanya. Utusan



Malaysia kutuk negara bantah resolusi tangani kebencian agama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau



Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker