Mahathir adakan pertemuan dengan keluarga Allahyarham Nik Aziz
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat kali pertama menziarahi keluarga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru Nik Aziz di kediamannya di Pulau Melaka di sini pada Jumaat.
Kehadiran bekas Ahli Parlimen Langkawi itu disambut oleh ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz termasuk anak lelakinya, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz.
Tun M dikatakan meluangkan masa bertanyakan khabar sebelum bertolak menghadiri pertemuan tertutup bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN), seperti Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, sekitar jam 5.30 petang.
Kehadiran negarawan ulung itu ke negeri ini sempena Munajat Rakyat Kelantan, Ppakat Pertahan dan Amanat Pimpinan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Jumaat malam.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
- Agong kurnia darjah kebesaran pada Anne Ngasri
- Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman
- Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)
- Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam
- Penduduk terkejut temui ‘ikan zakar’
- Baju Barbie Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen
- Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi
- Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula
- ‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan
- Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar – Mahathir
- Skandal Isteri Bunuh Suami
- Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah
- Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna
Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau