Sindhu pilih Hafiz jurulatih sepenuh masa

BEKAS jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim kini sah bergelar jurulatih kepada pemain wanita India, PV Sindhu.

Sindhu berkata, Hafiz yang juga juara Seluruh England 2003 memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk bergelar jurulatihnya.

“Selepas proses yang panjang dan berlarutan, saya gembira mengumumkan Hafiz sebagai jurulatih saya. Beliau memiliki semua kriteria yang saya cari sebagai jurulatih.



“Beliau juga mempunyai rekod pencapaian yang baik. Beliau pernah berlatih di bawah bimbingan Sidek (Datuk Misbun Sidek) yang menambahkan lagi aura pada dirinya,” katanya.

Hafiz sebelum ini melatih Sindhu – pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan gangsa Olimpik Tokyo 2020 secara sambilan di Akademi Badminton Sucithra di Hyderabad, India.

Dengan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah bermula, Sindhu yang juga bekas juara dunia mahukan khidmat Hafiz secara sepenuh masa.

Dia kemudiannya memohon kelulusan Pihak Berkuasa Sukan India (SAI) untuk berlatih di bawah bimbingan bekas pemain perseorangan lelaki negara itu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker